Thu, 14 May 2026
Headlines:
Pengusaha pertanian tempatan boleh bantu kurangkan import makanan
Published on: Wednesday, May 13, 2026
Published on: Wed, May 13, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Pengusaha pertanian tempatan boleh bantu kurangkan import makanan
Jamawi turut menyarankan agar sebuah persatuan ditubuhkan bagi mengumpul data penanaman sebelum diserahkan kepada Jabatan Pertanian untuk menilai keperluan import makanan dari luar negara.
TAMBUNAN: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata pengusaha pertanian tempatan memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan.

Beliau berkata Sabah memerlukan lebih ramai pengusaha pertanian yang berdaya maju bagi meningkatkan pengeluaran bekalan sayur-sayuran dan hasil pertanian tempatan untuk rakyat negeri ini.

Advertisement
“Bagaimanapun, kita juga berdepan cabaran berkaitan import hasil pertanian dari Semenanjung Malaysia dan Indonesia.

“Diharapkan kita dapat mencari situasi menang-menang dan pihak kementerian akan sentiasa membantu pengusaha tempatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Yang penting, kita dapat mengawal selia pengeluaran dan seterusnya membantu menstabilkan harga pasaran,” katanya semasa lawatan kerja ke beberapa lokasi pertanian di daerah ini, baru-baru ini.  

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Kolam Bio Flok Kampung Karas Maras, Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar Stesen Mahua, Borneo Top dan Kampung Linuk.

Advertisement
Dalam lawatan itu, Jamawi berpeluang bertemu pengusaha ternakan ikan Barry Ronald yang telah mengusahakan ternakan ikan tilapia merah, tilapia hitam dan ikan keli Afrika sejak dua tahun lalu.  

Beliau turut melawat syarikat Borneo Top milik Alan See yang mengusahakan tanaman hidroponik dan fertigasi melibatkan tomato, salad, timun serta cili untuk dipasarkan di sekitar Kota Kinabalu, Sarawak dan Brunei.

Advertisement
Jamawi turut menyarankan agar sebuah persatuan ditubuhkan bagi mengumpul data penanaman sebelum diserahkan kepada Jabatan Pertanian untuk menilai keperluan import makanan dari luar negara.

Katanya, langkah itu membolehkan Kerajaan mengetahui kapasiti sebenar pengeluaran petani dan pengusaha tempatan sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan terhadap import.

“Jadi kita akan berbincang dengan Jabatan Pertanian supaya kita tahu berapa kapasiti pengeluaran petani dan pengusaha lain. Dengan itu, kita boleh mengurangkan import dari luar,” katanya.  

Beliau turut meminta pegawai pertanian turun padang bertemu pengusaha bagi membantu mereka mendaftar dalam aplikasi Kebun Dapur yang akan diperkenalkan kementerian itu.

Dalam pada itu, Jamawi turut merakamkan penghargaan kepada Alan kerana menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sejak penubuhan Borneo Top di Kampung Tiang. 

Beliau juga mengadakan lawatan ke Kampung Libang Ulu yang mempunyai kawasan tanaman nanas seluas kira-kira 400 ekar.

Jamawi memuji penglibatan golongan muda berusia antara 19 hingga 30an yang aktif menceburi sektor pertanian di kawasan berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here