Fri, 15 May 2026
Headlines:
Dadah: Lelaki kekal dipenjara seumur hidup
Published on: Thursday, May 14, 2026
Published on: Thu, May 14, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dadah: Lelaki kekal dipenjara seumur hidup
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dihukum mati.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 33 tahun gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup serta 15 sebatan atas kesalahan mengedar 1199.3 gram kanabis enam tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada Rabu menolak rayuan Muhammad Zaim Awang.

Advertisement
Mahkamah dalam keputusan sebulat suara memutuskan tiada asas untuk mengganggu sabitan serta hukuman yang dikenakan ke atas perayu.

Zaim sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dan 15 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 16 Februari 2023 selepas didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut pada 15 Mei 2020 jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Taman Mutiara, Sungai Bedaun, Jalan Bebuloh, Labuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dihukum mati.

Beliau diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapannya pada 15 Mei 2020.

Advertisement
Isteri tertuduh Najihah Karno sebelum ini dilepaskan oleh mahkamah yang sama pada 2 November 2022 tanpa dipanggil membela diri.

Rayuan Zaim di Mahkamah Rayuan pada 19 Mei 2025 juga ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan.

Advertisement
Perayu diwakili peguam Luke Ressa Balang manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here