Mon, 18 May 2026
Headlines:
Tambah ‘S’ hanya akan rumitkan keadaan: KDCA
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Esther Glorie Leow, Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Tambah ‘S’ hanya akan rumitkan keadaan: KDCA
Kata Joseph, KDCA ketika ini merangkumi 48 persatuan etnik, justeru adalah tidak praktikal untuk menyenaraikan setiap etnik secara berasingan dalam penggunaan rasmi.
Kota Kinabalu: Ahli kumpulan etnik pribumi terbesar di Sabah wajar terus menggunakan “Kadazan Dusun” sebagai identiti kolektif mereka, kata Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Datuk Joseph Paulus Lantip.

Beliau berkata, istilah itu telah termaktub dalam perlembagaan KDCA dan sepatutnya kekal sebagai rujukan standard dalam urusan rasmi serta wacana awam.

Advertisement
Joseph berkata demikian ketika menghadiri pendaftaran Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) 2026 peringkat negeri, pada Sabtu.

Menurutnya, cadangan menambah istilah lain seperti KDMRS hanya akan merumitkan usaha menyatukan komuniti di bawah satu identiti bersama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, KDCA ketika ini merangkumi 48 persatuan etnik, justeru adalah tidak praktikal untuk menyenaraikan setiap etnik secara berasingan dalam penggunaan rasmi.

Joseph berkata, ahli masih boleh menggunakan identiti etnik masing-masing seperti Kimaragang, Rungus atau Sungai dalam keluarga dan komuniti masing-masing.

Advertisement
Bagaimanapun, katanya, identiti umum yang merujuk kepada komuniti itu secara keseluruhan perlu kekal sebagai “Kadazan Dusun”.

“Komuniti Cina diiktiraf secara meluas di bawah satu identiti kolektif walaupun terdiri daripada pelbagai subetnik dan dialek,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, prinsip sama terpakai kepada komuniti Kadazan Dusun, apabila identiti bersama digunakan dalam ruang awam, manakala identiti etnik masing-masing terus dikekalkan dalam kehidupan harian.

Joseph berkata, identiti Kadazan Dusun juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui sambutan Kaamatan dan aktiviti komuniti yang dianjurkan di seluruh Malaysia serta luar negara.

Katanya, mengekalkan satu identiti bersama penting bagi memperkukuh perpaduan dan memastikan konsistensi dalam rujukan awam.

Beliau menegaskan perpaduan kekal menjadi teras dalam memperkukuh kekuatan budaya serta identiti bersama komuniti itu.

Mengenai RTK, Joseph berkata program berkenaan turut mencerminkan usaha berterusan mempromosikan warisan budaya seiring penglibatan golongan belia.

Katanya, pertandingan itu menyediakan platform untuk ekspresi budaya di samping meningkatkan kesedaran identiti dalam kalangan generasi muda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here