Sat, 23 May 2026
Headlines:
Penampang terima limpahan faedah pembangunan: Ewon
Published on: Friday, May 22, 2026
Published on: Fri, May 22, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Penampang terima limpahan faedah pembangunan: Ewon
EWON (kanan) diiringi Presiden MPP Noemi Dyena
PENAMPANG: Penampang menerima limpahan faedah daripada pelbagai pembangunan yang sedang rancak dijalankan termasuk pengubahsuaian tapak tamu dan pembinaan jambatan di Babagon dan Timpangoh.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah banjir di daerah ini yang kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Advertisement
“Tahun lalu kita sudah mula menjalankan kerja-kerja pembaikan tamu. Ia adalah antara isu yang menjadi kepentingan awam. Pembangunan berterusan di Penampang dibuat sejajar dalam pelan dalam Rancangan Malaysia ke-13,” katanya. 

Ahli Parlimen Penampang ini berkata demikian ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Penampang yang diadakan di Buhanan Square Donggongon, baru-baru ini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, selaras dengan semangat Sabah First, perjuangan juga bukan sahaja tertumpu kepada mempertahankan hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

“Perjuangan juga memastikan setiap dasar, pelan dan inisiatif pembangunan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Sabah.

Advertisement
“Dalam konteks ini, kerajaan negeri melalui Hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0 terus komited memperkukuh ekonomi rakyat di daerah ini.

“Peranan ini turut digerakkan melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (Mindet) dengan memberi penekanan kepada pembangunan usahawan agar lebih ramai rakyat Sabah berpendapatan dan berdaya saing,” katanya.

Advertisement
Sementara itu menurut Ewon, sambutan Kaamatan adalah platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama komuniti, termasuk dalam bidang keusahawanan dan perdagangan. 

“Semangat kebersamaan yang terjalin dalam perayaan ini boleh diterjemahkan kepada sinergi ekonomi yang lebih kukuh, sekali gus membantu komuniti tempatan menghadapi cabaran ekonomi semasa.

“Oleh itu, saya menyeru agar kita semua terus memanfaatkan peluang ini untuk mempererat perpaduan, memelihara budaya serta memperkasa ekonomi komuniti demi kesejahteraan bersama,” tambahnya.

Ewon juga memuji Penampang kaya dengan tradisi dan adat resam Kadazandusun menjadikan Kaamatan sebagai lambang kebersamaan, keharmonian dan kekuatan identiti budaya yang harus terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun katanya, bukan sekadar perayaan kesyukuran atas hasil tuaian, tetapi merupakan manifestasi keutuhan jati diri, warisan budaya dan perpaduan khususnya komuniti Momogun di Sabah.

“Saya juga melihat sambutan Kaamatan sebagai platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama komuniti termasuk dalam bidang keusahawanan dan perdagangan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here