Sat, 23 May 2026
Headlines:
Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil dengan penambahbaikan signifikan: Pengerusi
Published on: Friday, May 22, 2026
Published on: Fri, May 22, 2026
Text Size:
Text:
Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil dengan penambahbaikan signifikan: Pengerusi
Dr. Mary juga berkata pertandingan itu tampil dengan penambahbaikan signifikan menerusi pelaksanaan proses penilaian awal sebelum malam kemuncak.
Kota Kinabalu: Seramai 53 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran berprestij Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Peringkat Negeri Dr. Mary Gambidau berkata segala persiapan rapi telah diatur bagi memastikan acara kemuncak sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri itu berjalan lancar.

Advertisement
“Pertandingan ikonik yang kini melangkah ke edisi ke-66 itu kekal utuh sebagai platform utama dalam mengangkat kecantikan, kebijaksanaan, serta jati diri wanita Sabah sekali gus memelihara warisan budaya tinggi masyarakat tempatan.

“Secara keseluruhannya jawatankuasa Unduk Ngadau 2026 kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan penganjuran kali ini berjalan dengan gilang-gemilang,” katanya selepas sesi temu bual di konti SabahFM, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr. Mary juga berkata pertandingan itu tampil dengan penambahbaikan signifikan menerusi pelaksanaan proses penilaian awal sebelum malam kemuncak.

Langkah itu, jelasnya, bertujuan memberi ruang kepada barisan juri untuk mengenali dengan lebih dekat personaliti, penampilan serta persediaan setiap finalis sebelum penilaian akhir bermula pada 31 Mei.

Advertisement
“Penilaian awal ini merupakan usaha berterusan kami untuk menambahbaik mutu penganjuran pertandingan yang menjadi simbol kebanggaan serta tradisi masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan agar semua finalis memanfaatkan peluang keemasan ini dengan mempamerkan persembahan terbaik demi merealisasikan impian masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here