Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
Sabitan pertama penyelewengan diesel
Published on: Saturday, June 13, 2026
Published on: Sat, Jun 13, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabitan pertama penyelewengan diesel
PEGAWAI Pendakwa KPDN bersama tiga tertuduh (muka kabur).
Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah mencatat kejayaan penting apabila memperoleh sabitan pertama di mahkamah, menerusi tindakan penguatkuasaan di bawah Ops Tiris 4.0 Bersepadu, membabitkan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis lalu, tiga individu mengaku bersalah atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual iaitu diesel tanpa lesen yang sah.

Advertisement
Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin, dalam kenyataan pada 11 Jun berkata semua tertuduh didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bagi kes pertama di Mahkamah Sesyen 3 Kota Kinabalu, Dickson Yii Hung Tie, 30, dijatuhi hukuman denda RM30,000 atau penjara enam bulan oleh Hakim Zaini Fishir @ Fisal. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kes kedua di Mahkamah Sesyen 4 Kota Kinabalu, Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman denda RM8,000 masing-masing kepada Dickson dan Abd Rahman Muluk, 35, atau penjara dua bulan. 

Dalam kes ketiga, Aznan Abd Rahim, 41, didenda RM3,000 atau penjara empat minggu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sama. 

Advertisement
Ketiga-tiga tertuduh membayar denda masing-masing.

Shahril berkata mahkamah turut memerintahkan hasil jualan diesel terbabit dijadikan hasil Kerajaan Malaysia, manakala kenderaan yang digunakan dalam pelakuan kesalahan diserahkan kepada KPDN untuk tindakan pelucuthakan.

Advertisement
“Secara keseluruhannya, jumlah denda yang dikenakan oleh mahkamah bagi ketiga-tiga kes ialah RM49,000,” katanya.

Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan pertama, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan ketiga-tiga kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KPDN, TK Gunasegaran Krishnan dan TK Malai Rosidi Malai Muhamad, manakala semua tertuduh tidak diwakili.

Shahril berkata, kejayaan memperoleh sabitan pertama Ops Tiris 4.0 Bersepadu membuktikan komitmen berterusan KPDN Sabah untuk memastikan setiap kes yang mempunyai bukti dan keterangan mencukupi, dibawa sehingga ke peringkat pendakwaan dan sabitan di mahkamah, sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan membanteras ketirisan serta penyelewengan diesel bersubsidi di Sabah.

“KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi kerana perbuatan itu bukan sahaja merugikan kerajaan, malah menjejaskan kepentingan rakyat yang layak menikmati subsidi,” tegasnya.

Beliau menggesa orang ramai terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyelewengan atau penyalahgunaan barang kawalan melalui saluran aduan rasmi KPDN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here