Thu, 18 Jun 2026
Headlines:
Suami isteri didakwa bersubahat kemuka tuntutan palsu RM3.6j dibicara Ogos
Published on: Tuesday, June 16, 2026
Published on: Tue, Jun 16, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Suami isteri didakwa bersubahat kemuka tuntutan palsu RM3.6j dibicara Ogos
Bagi pertuduhan pertama, Anita dan Ang didakwa bersubahat dengan seorang pengurus syarikat mengemukakan satu set dokumen bertarikh 11 November 2022 bersama 12 dokumen sokongan Delivery Order yang mengandungi butiran palsu.
Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri yang didakwa bersubahat dengan seorang pengarah syarikat mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM3.6 juta kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) akan dibicarakan pada Ogos ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan 17 hingga 19 Ogos bagi perbicaraan dua pertuduhan berasingan, manakala 24 hingga 28 Ogos bagi perbicaraan pertuduhan bersama.

Advertisement
Tarikh tersebut ditetapkan ketika kes melibatkan Anita Mohamed, 55, dan Ang Ka Fat @ Kenny, 58, disebut di mahkamah pada Isnin.

Bagi pertuduhan pertama, Anita dan Ang didakwa bersubahat dengan seorang pengurus syarikat mengemukakan satu set dokumen bertarikh 11 November 2022 bersama 12 dokumen sokongan Delivery Order yang mengandungi butiran palsu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dokumen itu melibatkan tuntutan bagi perkhidmatan pensijilan MeSTI dan Halal dalam industri makanan untuk usahawan di bawah Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana Sabah (BAIKS) 2022 termasuk kerja-kerja pengubahsuaian bernilai RM500,000 sedangkan perkhidmatan tersebut didakwa tidak pernah dilaksanakan.

Dokumen berkenaan didakwa dikemukakan kepada seorang pembantu tadbir dengan niat memperdayakan prinsipal beliau iaitu DIDR pada 11 November 2022 di jabatan tersebut.

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu didakwa melakukan kesalahan sama dengan mengemukakan satu set dokumen bertarikh 10 Oktober 2023 bersama 45 dokumen sokongan Delivery Order yang mengandungi butiran palsu.

Tuntutan tersebut melibatkan perkhidmatan pensijilan MeSTI, My Food Tag dan Halal dalam industri makanan untuk usahawan di bawah Program BAIKS 2023 termasuk kerja-kerja pengubahsuaian bernilai RM2.7 juta walaupun perkhidmatan berkenaan didakwa tidak dilaksanakan.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 2 November 2023 di jabatan yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut mereka didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 18 akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan bersama, pasangan terbabit didakwa bertindak dengan niat bersama mengemukakan satu set dokumen invois daripada sebuah syarikat lain bertarikh 7 November 2023 bersama 13 dokumen sokongan Delivery Order yang mengandungi butiran palsu.

Butiran tersebut melibatkan tuntutan pembekalan 11 unit mesin retort berkapasiti 100 liter, dua unit mesin retort 150 liter, pendaftaran dan kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), ujian hidrostatik oleh DOSH serta pendaftaran premis bagi 13 unit mesin bernilai RM414,400, sedangkan pembekalan itu didakwa tidak pernah dibuat.

Dokumen berkenaan didakwa dikemukakan kepada pembantu tadbir yang sama pada 10 November 2023 di DIDR.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala pasangan tersebut yang kini diikat jamin diwakili peguam Azhier Farhan Arisin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here