Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Pekerja kilang pengsan terhidu ikan busuk
Published on: Monday, March 27, 2023
Text Size:

Pekerja kilang pengsan terhidu ikan busuk
ANGGOTA Bomba menyiram mangsa sebagai langkah nyahcemar.
Kota Kinabalu: Seorang pekerja kilang pemprosesan ikan di Sepanggar di sini pengsan akibat terhidu wasap toksik selepas membuka tong ikan busuk Sabtu lepas.

Lelaki berusia 23 tahun itu adalah antara lima lagi rakan sekerja berusia 19 hingga 38 tahun yang menerima rawatan perubatan susulan kejadian jam 8 malam itu.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, sepasukan hazmat telah dihantar ke jeti kilang itu sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.26 malam.

“Pasukan hazmat dengan peralatan perlindungan diri yang lengkap telah menjalankan ujian ketoksikan bagaimanapun tidak menemui kesan bahan kimia berbahaya.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital dengan ambulans, dan empat yang lain menaiki kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam,” kata jurucakap agensi itu.

Operasi melibatkan 15 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu itu ditamatkan jam 10.08 malam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here