Sat, 18 May 2024

HEADLINES :


Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah – Hajiji
Published on: Monday, January 29, 2024
By: Bernama
Text Size:

Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah – Hajiji
HAJIJI (kanan) berbual dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah (kiri) semasa jelajah Diraja Kenali Borneo di Sipitang tahun lalu
Kota Kinabalu: Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata rakyat Sabah akan mengingati keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang terkenal dengan sifat merendah diri ketika menyantuni rakyat seperti yang terserlah semasa lawatan bersejarah keluarga diraja itu sempena Kembara Kenali Borneo pada September lepas yang telah menjadikan pasangan diraja itu bertakhta di hati rakyat Sabah. 

“Seri Paduka Baginda sentiasa prihatin ketika menyantuni rakyat yang dalam kesusahan,” kata Hajiji dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini selepas menghadiri Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Hajiji berkata bagi pihak kerajaan Sabah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas khidmat bakti baginda kepada negara dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasangan diraja serta keluarga baginda.

Al-Sultan Abdullah akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa (30 Jan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here