Wed, 1 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bunga Rafflesia kini mekar di Poring
Published on: Friday, March 29, 2024
By: Suria Abdullah
Text Size:

Bunga Rafflesia kini mekar di Poring
RANAU: Bunga terbesar di dunia, Rafflesia, kini mekar berbunga di Poring.

Rafflesia Keithii, bersaiz 76cm, dilihat mekar dengan enam kelopak pada Khamis (28 Mac), di Taman Tropika Poring, Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu.

Menurut laman Facebook Taman-Taman Sabah, mereka yang ingin melihat bunga yang jarang ditemui ini boleh berbuat demikian sehingga 1 April.

Gambar dan maklumat mengenai Rafflesia mekar ini dirakam oleh kakitangan Taman-Taman Sabah, Albosius Jihin.

Rafflesia juga dikenali sebagai tumbuhan mati atau bunga mayat kerana ia tidak mengeluarkan bau tetapi berbau hanyir, mengikut sesetengah orang.

Hanya terdapat tiga spesies bunga Rafflesia di Sabah iaitu Rafflesia Keithii, Rafflesia Pricei dan Rafflesia Tengku Adlinii.

Keithii biasanya ditemui di tanah rendah, manakala Pricei boleh ditemui di kawasan tanah tinggi seperti di sepanjang jalan Tambunan-Kota Kinabalu, daerah Keningau dan Tenom manakala Rafflesia Tengku Adlinii boleh ditemui di Lembangan Maliau dan Gunung Trusmadi.

Rafflesia disenaraikan sebagai tumbuhan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here