Tue, 21 May 2024

HEADLINES :


Tebang pokok tanpa permit: Dua warga Filipina dijel, denda
Published on: Tuesday, April 30, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Tebang pokok tanpa permit: Dua warga Filipina dijel, denda
Kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Enakmen Hutan 1968 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 20 tahun, dan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua warga Filipina dipenjara setahun dan denda RM5,000 atau penjara enam bulan lagi setiap seorang kerana menebang pokok dan menjadikannya hasil hutan dari tanah Negeri tanpa permit.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Alex Patio, 21, dan Delmon Among, 25, yang mengaku bersalah.

Warga Filipina terbabit menebang pokok itu dan menjadikannya beberapa kayu yang diubah suai jam 1.10 petang pada 15 April di Sungai Tetagas, Pulau Bangi di Kudat.

Kedua-duanya tidak mempunyai permit untuk menebang pokok itu.

Kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Enakmen Hutan 1968 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 20 tahun, dan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan semua barang rampasan dilucuthakkan oleh kerajaan.

Selepas menjalani hukuman penjara, warga Filipina terbabit diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Semasa mitigasi, Filipina merayu hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertama mereka.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Noramad Jumain dari Jabatan Perhutanan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi dijadikan pengajaran dan amaran kepada pihak lain supaya mematuhi undang-undang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here