Wed, 1 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Maximus bercuti, Joachim pemangku presiden PBS bermula 1 Jun
Published on: Sunday, April 07, 2024
By: Bernama
Text Size:

Maximus bercuti, Joachim pemangku presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunasalam akan meneraju parti sebagai pemangku presiden.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.

Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki berkata pada tempoh tersebut, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunasalam akan meneraju parti sebagai pemangku presiden.

“Dengan Joachim yang merupakan timbalan presiden bagi kuota Bumiputera bukan Islam parti itu menjadi pemangku presiden, Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai akan melaksanakan tanggungjawab tambahan sebagai pemangku timbalan presiden,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Sabtu.

Julita berkata langkah itu menunjukkan komitmen parti untuk memastikan kesinambungan dan penyesuaian dalam struktur kepimpinannya, yang menjaga kepentingan parti dan ahlinya.

Pada Jun 2022, Maximus telah menetapkan tempoh masa untuk mengenal pasti penggantinya sebagai presiden parti dan menyatakan bahawa peralihan kepimpinan boleh berlaku sebelum atau semasa kongres parti itu akan datang.

PBS merupakan sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah yang membentuk kerajaan negeri, dengan Joachim sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sabah.

Parti itu mempunyai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here