LAHAD DATU: Seorang konduktor lori berusia 24 tahun cedera apabila lori yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Batu 9, Jalan Silam, di sini, Ahad malam.
Lori itu dalam perjalanan ke Lahad Datu dari Tawau ketika kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam.
Advertisement
.gif)
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.07 malam.
Lapan anggota Bomba dan Penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bomba dan kenderaan EMRS.
“Sebaik tiba, pasukan menemui dua individu terbabit dalam kejadian itu. Konduktor lori yang mengalami kecederaan dibawa keluar orang awam sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.
“Pemandu berusia 30 tahun itu melarikan diri tanpa cedera.
Advertisement
.png)
“Pasukan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada Ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.
Pasukan itu menamatkan operasi jam 10.50 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.