Sun, 16 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Dua nelayan dipenjara
Published on: Wednesday, May 22, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua nelayan dipenjara
Kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kota Kinabalu: Dua nelayan masing-masing dipenjara tujuh bulan kerana memiliki 2,400 liter petrol tanpa lesen sah.

Almurin Muhammad, 21, dan Akram Asiduh, 51, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Mereka didapati memiliki barang kawalan tanpa permit jam 4.30 pagi pada 13 Mei tahun ini di atas bot pam di Pulau Kankamat.

Kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen itu boleh didenda sehingga RM1 juta, atau penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan warga Filipina itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Semasa mitigasi, kedua-duanya merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan.

Mahkamah memerintahkan hasil petrol yang telah dilelong dan bot dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here