Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Pemilik dua rumah di Kingfisher diarah bersihkan kawasan
Published on: Saturday, March 23, 2019
By: Sidney Skinner
Text Size:

Pemilik dua rumah di Kingfisher  diarah bersihkan kawasan
Pemilik dua rumah tidak berpenghuni di sepanjang satu jalan perumahan di Taman Kingfisher Fasa 3 diminta untuk membersihkan kawasan rumah mereka, susulan satu aduan bahawa halaman rumah mereka tidak dijaga.

Pihak tidak bertanggungjawab nampaknya mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk memecah masuk ke rumah-rumah bersebelahan dua rumah itu.

Seorang jurucakap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata kakitangannya telah memeriksa kawasan itu dan mengesahkan bahawa pokok dan rumput di sekitar kedua-dua rumah terlalu panjang.

“Notis dikeluarkan kepada kedua-dua individu, mengarahkan mereka menangani keadaan kotor di halaman rumah mereka,” katanya pada 20 Mac.

Dia berkata individu-individu itu diberi tempoh ihsan untuk membuat penyelenggaraan itu.

“Jika pemilik gagal mematuhi arahan kami, maka tindakan lanjut akan diambil terhadap mereka.”

Jurucakap itu berkata kakitangan agensi akan membuat pemeriksaan secara rawak untuk memastikan perkara itu.

CHING dari Likas berkata rumah-rumah itu, yang terletak di Lorong 13A, sudah bertahun-tahun tidak dihuni.

“Pencuri masuk ke rumah jiran saya sekitar jam 4 pagi Rabu baru-baru ini pada Februari,” katanya.

“Saya bimbang rumah saya juga dijadikan sasaran kerana saya nampak satu tangga diletakkan di halaman belakang rumah kosong berdekatan.”

Katanya, halaman sekitar rumah-rumah tidak dihuni itu diliputi dengan pokok, tumbuhan dan rumput yang memanjang.

“Malah terdapat satu retakan besar pada dinding salah satu rumah itu.”

Ching mengesyaki rumah-rumah itu telah pun menjadi tempat pembiakan bagi haiwan perosak.

“Ular, tikus dan serangga mula datang dari kawasan itu ke halaman saya.”

Katanya, keadaan rumah-rumah itu dan halamannya menyakitkan mata.

“Ia memberi gambaran buruk mengenai kejiranan ini, khususnya dalam pandangan mereka yang melawat kawasan ini buat kali pertama.”

Dia mencela pemilik rumah itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana gagal menyelenggara hartanah mereka.

Penduduk itu memberi Hotline lokasi rumah-rumah tersebut. Maklumat itu diserahkan kepada DBKK. (SS)





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here