Mon, 13 May 2024

HEADLINES :


Zakir tidak dibenar beri ceramah di Malaysia
Published on: Wednesday, August 21, 2019
Text Size:

Zakir tidak dibenar beri ceramah di Malaysia
KUALA LUMPUR: Semua program berkaitan penceramah bebas Dr Zakir Naik (gambar) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan atas faktor keselamatan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata arahan ini dikeluarkan berikutan ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Selain itu semua Ketua Polis Negeri telah diarahkan supaya memberi nasihat kepada pihak-pihak yang akan menganjurkan program melibatkan Zakir supaya menghentikan semua program-program berkenaan. 

“Semua aktiviti melibatkan Zakir adalah tidak dibenarkan dan arahan ini berkuat kuasa mulai 15 Ogos lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Jumaat lepas, Zakir yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia telah diambil keterangan buat kali pertama di Bukit Aman selama lima jam. 

Isnin lalu, Zakir telah memberikan keterangan buat kali kedua kepada polis selama 10 jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sehingga lewat malam. 

Penceramah bebas dari India itu dikatakan membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia semasa ceramah di Kota Bharu pada 3 Ogos lalu dan ini mencetuskan desakan supaya dia dihantar pulang ke India.

Zakir dikehendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016 kerana didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian.

Khamis lepas polis menerima 115 laporan terhadap Zakir mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here