Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


‘Jauhi politik perkauman, salah guna agama’
Published on: Tuesday, September 17, 2019
Text Size:

‘Jauhi politik perkauman, salah guna agama’
Kota Kinabalu: Pusat KOMAS percaya Malaysia hanya boleh bersatu apabila pihak memegang kuasa menjauhi daripada menyalahgunakan kaum dan agama sebagai alat politik mereka, mengatakan politik perkauman terutamanya dari Malaysia Barat ini, sudah terbukti berkali-kali sebagai menjejas dan berbahaya kepada corak masyarakat kita.

Pusat komunikasi hak asasi manusia yang popular ini berkata, pada Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea persekutuan baharu – Malaysia – di mana, idea empat negara (Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya) bergabung ini diterima amnya oleh ramai walaupun kebimbangan dibangkitkan mengenai kestabilan sosio-ekonomi dan politik di negara-negara individu itu.

“Bagaimanapun, dua tahun selepas peringkat awal itu, 16 September 1963 menjadi pencapaian bersejaray kerana pemimpin-pemimpin berwawasan dari negara-negara berbeza itu senang hati dapat bersetuju demi kebaikan lebih penting bagi rakyat, menunjukkan detik perpaduan yang berhasrat untuk merai, menjaga dan mengekalkan keindahan yang ditemukan dalam kepelbagaian.

“Kesemua negara menunjukkan ikatan kuat melalui semangat dokumen Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Bertindak sebagai dokumen antarabangsa, MA63 membolehkan pembentukan Malaysia menghormati adat budaya negara masing-masing, selain status autonomi kedua-dua Sabah dan Sarawak seperti termaktub di bawah perjanjian itu,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Disanjung selama berpuluh tahun kerana perpaduannya, katanya, Malaysia kini menghadapi ujian berat dengan peningkatan perkauman dan ideologi rasis. Keadaan ini mengancam wawasan yang dimulakan oleh bapa-bapa pengasas kita untuk sebuah negara kesamarataan bagi semua.

“Hari Malaysia adalah satu hari penting untuk mengingatkan semua warganegara mengenai sumbangan berterusan rakyat pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, dalam perjuangan untuk menjadi sebuah negara maju yang kita nikmati hari ini.

“Selepas 56 tahun, sebalik Malaysia lebih bersatu, negara kini lebih terbahagi sementara retorik perkauman semakin menonjol berbanding sebelumnya,” katanya, menambah walaupun penekanan politik identiti negeri-negeri di Borneo memang sesuatu yang sah, ia tidak harus dijadikan jalan untuk mencetuskan rasa benci terhadap warga Malaysia Barat

Seperti kata Perdana Menteri pertama, “Rakyat dengan kuasa dalam tangan mereka, gunakan kebijaksanaan anda, lindungi hak anda untuk memelihara negara kita yang tercinta, Malaysia, kerana bukan saja generasi sekarang bergantung pada negara kita, yang bergantung pada keadilan di negara kita, tetapi juga generasi seterusnya, semuanya bergantung pada tadbir urus negara kita”, bersama-sama kita lindungi negara ini untuk semua rakyat Malaysia.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here