Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Umur 18 tahun boleh mengundi, jadi calon
Published on: Friday, November 22, 2019
Text Size:

Umur 18 tahun boleh  mengundi, jadi calon
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis meluluskan Enakmen Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 untuk menurunkan had umur mengundi  dan menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun daripada 21 tahun.

Terdahulu, rang undang-undang itu yang dibentangkan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar telah dibahaskan oleh tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga.

Aidi semasa membentangkan rang undang-undang itu berkata ia bagi meminda Perkara 16  Perlembagaan Negeri Sabah dengan menggantikan perkataan ‘dua puluh satu tahun’ dengan perkataan ‘lapan belas tahun’.

Ia bertujuan untuk meminda Perkara 16  Perlembagaan Negeri Sabah untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk dipilih sebagai ahli atau dilantik sebagai ahli dilantik Dewan undangan daripada  21 tahun ke 18 tahun dan ia akan berkuat kuasa pada tarikh penyiarannya dalam warta, katanya.

Beliau berkata pindaan berkenaan selaras dengan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur minimum mengundi dan menjadi calon pilihan raya daripada 21 ke 18 tahun pada Julai 2019.

“Kerajaan Sabah mengalu-alukan saranan agar golongan belia seawal usia 18 tahun turut diberikan peluang bersuara di DUN. Ia akan membuka ruang kepada golongan berkenaan untuk bergiat aktif dalam politik dengan mengetangahkan suara-suara anak muda dalam pembuatan dasar.

“Cadangan untuk menurun had umur ini menunjukkan bahawa kerajaan sekarang menilai betapa peranan belia sangat penting untuk menentukan corak masa hadapan negeri ini. Kerajaan memerlukan usaha gigih untuk mempersiapkan belia kita yang rata-rata baru melepasi Sijil Pelajaran Malaysia supaya memahami politik dalam konteks yang betul,” katanya.

Aidi  berkata walaupun rang undang-undang berkenaan hanya melibatkan pindaan kepada satu fasal sahaja iaitu Perkara 16 Perlembagaan Negeri Sabah tetapi implikasinya cukup penting dari segi prinsipnya untuk menyuburkan demokrasi di negeri ini. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here