Mon, 8 Jun 2026
Headlines:
Dadah: Pegawai kanan penjara letak jawatan?
Published on: Tuesday, February 11, 2020
Published on: Tue, Feb 11, 2020
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Dadah: Pegawai kanan  penjara letak jawatan?
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass (gambar) berkata polis tidak membuat apa-apa penangkapan melibatkan pegawai kanan Jabatan Penjara Sabah yang dikatakan telah ditangkap dengan sejumlah besar syabu dalam pemilikannya.

“Saya telah membuat semakan dan mendapati pihak polis tidak pernah membuat apa-apa tangkapan melibatkan individu itu,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Advertisement
Dia ditanya sama ada benar bahawa pegawai tertinggi itu ditangkap oleh polis Narkotik bersama setengah kilogram disyaki syabu dan suspek meletak jawatan dalam tempoh 24 jam, dua minggu lalu.

Adalah dipercayai bahawa suspek turut diuji positif syabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika dihubungi, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pen Teyun sekadar berkata bahawa beliau “tiada komen” mengenai perkara itu dan sebarang pertanyaan harus diajukan kepada Pengarah Penjara Negeri.

Jika benar, ia akan menjadi contoh paling serius mengenai seorang pegawai tinggi yang terlibat dalam dadah. 

Advertisement
Ketua Polis Negara sebelum ini memberi jaminan bahawa tiada sesiapa yang akan terkecuali dalam tindakan keras terhadap dadah, terutama kakitangan berpakaian seragam.

Jabatan Penjara Negeri telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dua kes utama di mahkamah, baru-baru ini.

Advertisement
Pada Oktober tahun lepas, 10 anggota penjara, termasuk seorang pegawai, didakwa di Mahkamah Majistret dalam kes pembunuhan seorang banduan di Penjara Kapayan.

Mereka didakwa bersama membunuh seorang banduan berumur 36 tahun di sebuah sel Penjara Pusat Kota Kinabalu. Kes itu masih berjalan.

Pada Ogos tahun yang sama, seorang Majistret mempersoalkan masalah keselamatan serius di penjara-penjara Sabah yang membolehkan seorang perogol yang menjalani hukuman 33 tahun mendapatkan syabu semasa menjalani hukuman penjara.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here