Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


KV Keningau menang tujuh Anugerah Kebangsaan TVeT
Published on: Sunday, February 16, 2020
Text Size:

KV Keningau menang tujuh Anugerah Kebangsaan TVeT
KOTA KINABALU:  Kolej Vokasional (KV) Keningau merangkul tujuh anugerah berprestij kebangsaan pada Majlis Anugerah ACeTVeT yang pertama kali diadakan di Selangor, Jumaat lepas.

Tujuh anugerah yang diterima adalah anugerah kecemerlangan keseluruhan ACeTVeT, inovasi institusi, pengurusan kewangan cemerlang, platinum, ikon guru serta dua anugerah inovasi individu.

Majlis anugerah itu dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (BPLTV) untuk memberi pengiktirafan kepada kolej vokasional yang telah mencapai kejayaan memartabatkan pendidikan vokasional.

Sebanyak 85 kolej vokasional dan sembilan sekolah teknik bersaing untuk anugerah membabitkan 16 kategori yang dipertandingkan. 

Pengarah KV Keningau Johari Sabin menerima ketujuh-tujuh anugerah tersebut bersama dua lagi guru KV Keningau Al-Khalifa Mohd Affnan dan Dr Sirhajwan Idek.

“Semangat berpasukan dan kerjasama antara warga KV Keningau adalah faktor utama kejayaan membawa pulang anugerah terbanyak termasuklah anugerah utama,” kata Johari kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata KV Keningau dipilih menerima anugerah kecemerlangan ACeTVet atas pencapaian dan sumbangan dalam pelbagai bidang seperti inovasi, robotik, kemahiran, sukan, kesenian dan pengurusan dalam dan luar negara.

Anugerah inovasi institusi dimenangi berikutan pencapaian pelajar dan guru dalam bidang inovasi di dalam dan luar negara termasuklah di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Itali, Jepun, Australia, Korea Selatan dan negara-negara Asia Tenggara. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here