Tue, 7 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bom ikan diguna kanak- kanak tetap ada bahaya
Published on: Wednesday, February 19, 2020
By: David Thien
Text Size:

Bom ikan diguna kanak- kanak tetap ada bahaya
KOTA KINABALU: Terdapat alat peledak dikenali sebagai ‘bom babi’ yang dipasang di dalam hutan untuk membunuh babi hutan  tetapi turut mengundang bahaya kepada mereka yang suka melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ atau ‘hiking’, sama seperti IED yang dipasang oleh pengganas di tepi jalan di kawasan perang di Timur Tengah.

Demikian juga, hukuman bagi jenayah itu sepatutnya sama seperti pemilikan dan penggunaan bahan peledak atau pelanjutan keganasan.

“Ia seperti bebola kecil dan akan meletup apabila babi hutan menggigitnya. Pemburu kemudian hanya perlu mengutip bangkai babi hutan itu.”

Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum (gambar), kini dianggap sebagai “gergasi dalam bidang pemuliharaan” mengkritik laporan akhbar mengenai seorang menteri dari Sabah yang menjelaskan bahawa aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Gaya, di kawasan ahli politik itu, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak.

“Aktiviti mengebom ikan masih berlaku, dua minggu lepas, di salah sebuah pulau. Dan, seorang Menteri berkata ‘oh, semua ini dilakukan oleh kanak-kanak.’ “Kanak-kanak, mereka pegang bom, kan? Jadi, kanak-kanak boleh melakukan aktiviti mengebom ikan! Lihatlah alasan-alasan lemah yang telah diberikan oleh pihak berkuasa. Ia sangat menyedihkan.  Kita perlu bangun.”

“Bom di tangan kanak-kanak tetap juga bom,” katanya yang sukar percaya dengan alasan agak aneh pada sesi di Kolokium Borneo mengenai Keadilan Alam Sekitar 2020 pada 15 Februari lalu di sebuah hotel di sini, sambil menekankan pentingnya melindungi alam sekitar dan dalam kes ini, pemusnahan terumbu karang kita.

“Kita tidak mahu menjadi NATO - tiada tindakan, hanya bercakap. Jika tidak, kita sama dengan sembang kedai kopi. Hari ini kita mahu membawa sesuatu yang positif terutamanya untuk mahkamah alam sekitar.”

Kakitangan Jabatan Perikanan yang menghadiri acara itu mengakui bahawa pendatang tanpa izin yang bertanggungjawab terhadap jenayah itu harus diusir pulang ke negara asal untuk menyelesaikan masalah seperti itu jika alasan mereka adalah ‘mengebom ikan untuk kelangsungan hidup’.

Dijelaskan bahawa alat peledak itu diseludup masuk dari Filipina dan siasatan diperlukan untuk mengesan sumber,  yang mana ia tidak termasuk di dalam skop jabatan, sebaliknya di bawah agensi penguatkuasaan undang-undang dari kedua-dua negara.

Di samping itu, dikatakan bahawa komponen baja dalam campuran bahan letupan itu sukar untuk dikawal penjualannya kepada pembeli bukan petani.

“Kadar pengeboman ikan telah berkurangan sebanyak 50 peratus,” katanya kepada peserta kolokium itu.

Dicadangkan pada kolokium itu bahawa merotan pesalah akan menghalang orang ramai daripada menangkap ikan menggunakan bom dan akan dapat lebih menurunkan kadar jenayah mengebom ikan.

Eric Yu dari Persatuan Perlindungan Yu Sabah mencadangkan agar masyarakat pesisir diberi dorongan untuk berjaya dalam penanaman rumput laut kerana negara jiran Indonesia meraih jutaan ringgit dengan eksport komoditi itu ke China dan negara-negara lain.

Ia adalah salah satu cara untuk mendorong mereka meninggalkan kegiatan mengebom ikan.

Richard juga bercakap mengenai insiden kematian gajah, baru-baru ini.

“Gajah suka susu pekat. Ada orang menggunakan perkara ini untuk meracun gajah,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here