Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Tawau diklasifikasi Zon Merah
Published on: Monday, March 30, 2020
By: Larry Ralon
Text Size:

Tawau diklasifikasi Zon Merah
Gambar Bernama
Kota Kinabalu: Tawau telah diklasifikasikan sebagai kawasan Zon Merah Covid-9 di Sabah kerana daerah itu mempunyai jumlah kes positif tertinggi dan turut merekodkan peningkatan besar dalam kes, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, katanya, penularan dan peningkatan jumlah kes di Tawau bukan berasal dari daerah itu sendiri tetapi dibawa masuk dari luar seperti kes-kes berkaitan ahli Tabligh.

“(Tetapi) ia tidak begitu serius. Kita boleh katakan bahawa situasi masih terkawal,” katanya memberitahu wartawan, ketika ditanya adakah kawasan yang diklasifikasikan sebagai Zon Merah Covid-19 di Sabah, semasa satu sidang media selepas beliau menyaksikan ketibaan sumbangan kit perlindungan Covid-19 dari China ke Sabah di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada Ahad.

Mengenai kekurangan reagen kit ujian Covid-19 yang dilaporkan berlaku di Sabah, Mohd Shafie berkata Kerajaan Negeri bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan, terutamanya Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi, untuk menyelesaikannya.

“Dan saya juga turut memaklumkan perkara itu kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, jika ada sebarang cara kami boleh menyokong, memberikan mereka bantuan, dalam mendapatkan beberapa benda yang kita perlukan.

“Secara peribadi saya telah berkomunikasi dengan beberapa daripada mereka yang mempunyai akses kepada kit ujian. Kami memandang perkara ini secara serius. Diharapkan kita dapat memperolehnya secepat mungkin,” katanya. Mengenai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak gembira kerana mereka mahu mengagihkan sumbangan tetapi tidak dibenarkan untuk menyampaikannya sendiri kepada rakyat, Mohd Shafie berkata Kerajaan sebenarnya tidak menghalang mereka daripada melakukan kerja amal seperti itu tetapi hanya mahu memastikan tiada sentuhan dalam proses itu.

“Kami mahu menyelamatkan nyawa mereka. Saya tahu mereka mahu memberikan bantuan makanan, tetapi sebenarnya kami sudah mempunyai saluran yang sewajarnya untuk berbuat demikian.

“Kami mahu meminimumkan jumlah orang terlibat. Jika kami mahu menggalakkan semua NGO sebenarnya kita ada banyak. Tetapi kami sudah memaklumkan bahawa kami sudah mempunyai jentera untuk tujuan itu, yang sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh NGO ini, supaya kita dapat meminimumkan jumlah orang yang kita hantar... jika terlalu ramai NGO bergerak secara bebas, ia bertentangan dengan tujuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika ada sumbangan daripada mana-mana pihak, sebenarnya kita mempunyai satu tempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di mana ia boleh disampaikan untuk diagihkan. Situasi terkini (penularan Covid-19 dan PKP) menjadikan ia sukar untuk mempunyai terlalu banyak pergerakan dan orang di sekitar secara bebas,” katanya.

Ditanya jika beliau menjangka PKP fasa kedua akan lebih tegas berbanding yang pertama di Sabah, Mohd Shafie berkata beliau tidak dapat mengatakannya kerana Kerajaan Negeri perlu melihat fakta terlebih dahulu.

“Kita akan meneliti butiran, melihat di mana ada kelemahan dan kemudian memastikan kita dapat melakukannya untuk mengukuhkannya, untuk memperketatkannya, di mana boleh.

“Jika memuaskan, maka kita boleh melonggarkannya, untuk memastikan rakyat mempunyai akses kepada makanan dan penjagaan kesihatan.

“Kita tidak pernah menghalang orang ramai daripada mendapatkan bekalan makanan, sebab itulah kita membenarkan pasaraya terus dibuka, tetapi kita mahu premis ini memastikan mereka tidak akan dibuka untuk tempoh lebih lama atau 24 jam kerana ia tidak baik untuk rakyat,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here