Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Pemain Tambadau dipantau rapat
Published on: Thursday, April 09, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Pemain Tambadau dipantau rapat
KAPTEN Tambadau Sabah, Rawilson Batuil melakukan bangkit tubi di luar rumahnya di Kg Talantang, Kota Marudu.
Kota Kinabalu: Pengurus pasukan Tambadau Sabah, Henry Saimpon berkata pemain-pemainnya dipantau secara rapat bagi memastikan mereka mengikuti program latihan dari rumah seperti yang diperlukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasukan itu ketika ini sedang berehat seketika daripada latihan berkumpulan selepas penguatkuasaan PKP pada 18 Mac, dan kebanyakan pemain sejak itu sudah pulang ke kampung halaman mereka. Menurut beliau, semua mereka dikehendaki menghantar rakaman rutin latihan kecergasan mereka dari rumah menerusi WhatsApp kepada jurulatih.

“Ia agak malang apabila latihan pasukan terjejas oleh PKP, tetapi walaupun demikian, kami menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan dan kami akan cuba mengekalkan kecergasan pemain sebaik mungkin semasa tempoh ini.

“Program latihan telah disediakan oleh jurulatih kecergasan kami Sofie Imam Faizal dan kadang-kadang pemain-pemain juga dikehendaki melakukan latihan mereka secara ‘live’ menerusi panggilan video. “Diharapkan ini akan membantu pemain-pemain mengekalkan tahap kecergasan mereka dan bersedia untuk beraksi sebaik Liga Super bersambung kelak,” katanya pada Rabu.

Beliau turut menggesa pemain-pemain agar mematuhi PKP dan duduk di rumah jika mereka tidak mempunyai isu penting yang memerlukan mereka keluar dari rumah.

“Kami bukan sahaja mahu mereka mengekalkan kecergasan mereka, tetapi kami juga mahu mereka mengelak daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk Covid-19, jadi ia adalah penting untuk mereka duduk di rumah sepanjang masa,” tambahnya.

Sementara itu, Sabah dengan Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih musim ini berada di tangga keempat dalam carta dengan lima mata.

Mereka membuka musim dengan seri tanpa jaringan menentang Polis disusuli kemenangan 3-1 di laman sendiri menentang Felda United sebelum tewas 0-2 kepada Pahang di tempat lawan. Perlawanan terakhir mereka sebelum liga digantung adalah menentang Perak di laman sendiri di mana ia berkahir dengan seri 2-2 pada 14 Mac.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here