Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Penduduk di Kalabakan digesa berwaspada ancaman serangan buaya
Published on: Thursday, July 02, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Penduduk di Kalabakan digesa berwaspada ancaman serangan buaya
Gambar (Bernama) untuk Ilustrasi sahaja.
KALABAKAN: Penduduk di sini dinasihatkan agar berwaspada ketika berada di sepanjang Sungai Kalabakan yang menjadi habitat buaya untuk mengelak diserang haiwan itu.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan, Abdul Kadir Imran, 47, berkata sejak kebelakangan ini berlaku perubahan trend serangan buaya yang semakin kerap berbanding hanya sekali untuk tempoh dua atau tiga tahun.

“Apabila kes melibatkan mangsa kanak-kanak, kebiasaannya mayat sama ada sukar atau tidak ditemui langsung.

“Untuk orang dewasa, sekurang-kurangnya mayat mereka boleh ditemui semula dengan kerjasama orang kampung dan sokongan agensi kerajaan terlibat,” katanya.

Katanya, perubahan corak serangan itu mungkin berlaku apabila  habitat dan sumber makanan buaya di Sg Kalabakan terganggu, dan mengakibatkan haiwan itu bertindak agresif serta tidak lagi ‘bermusim’ untuk menyerang.

Sebelum ini, katanya, kes serangan buaya di sungai itu akan berlaku pada Ogos atau September.

“Tetapi tahun ini kami dapai kes berlaku lebih awal pada Jun yang melibatkan seorang wanita ketika turun mencuci kain di Sg Tuda di sini baru-baru ini.

“Kami faham kebanyakan penduduk bergantung kepada sungai ini dalam kehidupan mereka, namun kami harap dapat menasihatkan mereka agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan cuba mengurangkan aktiviti di sungai seperti mencuci kain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau akan memohon kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membekalkan sebuah jentera dan bot penyelamat sebagai kelengkapan mereka semasa operasi memadam kebakaran atau operasi mencari mangsa serangan buaya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here