Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Troli dan cabaran masyarakat Pangi, Rayoh
Published on: Tuesday, July 07, 2020
Text Size:

Troli dan cabaran masyarakat Pangi, Rayoh
BEBERAPA buah troli yang dibuat oleh penduduk kampung sebagai kenderaan mereka ke pekan Tenom.
SATU-SATUNYA kenderaan yang boleh dinaiki oleh penduduk Pangi, Rayoh dan sekitarnya ke Pekan Tenom untuk membeli keperluan harian dan pengangkutan pelajar ke sekolah  di SK Pangi ialah dengan menaiki keretapi.Penduduk akan berhadapan dengan masalah apabila sistem pengangkutan keretapi tergendala terutamanya bila berlaku runtuhan tanah yang menimbus landasan, apatah lagi runtuhan terjadi dalam skala besar menyebabkan kerja-kerja pembersihan memakan masa hingga berminggu.

Mereka tidak mempunyai alternatif lain, selain menggunakan insiatif sendiri untuk ke Pekan Tenom terutamanya apabila berlaku kes-kes kecemasan atau kehabisan bekalan makanan dengan menggunakan kenderaan yang mereka cipta sendiri popular dipanggil dikalangan penduduk tempatan sebagai “Talori” (Troli).

Talori diperbuat daripada kayu dan dipasangkan bearing sebagai roda.

PENDUDUK Kampung Pangi mengerah tenaga menolak troli sebagai kenderaan menuju ke pekan Tenom untuk mendapatkan keperluan harian atau bagi kes-kes kecemasan.

Ianya digerakkan oleh tenaga manusia dengan menggunakan kayu panjang yang dipanggil Penangkar.

Mereka terpaksa mengerah tenaga menolak Talori dengan kayu panjang sejauh kira kira 10 kilometer dari Pangi dan 20 kilometer dari Rayoh menuju ke pekan Tenom.

Walaupun perbuatan ini salah, namun hanya ini sahaja alternatif pengangkutan yang boleh digunakan sebagai kenderaan terutamanya bagi mendapat rawatan segara untuk kes-kes kecemasan sakit dan sebagainya.

Hujan lebat dan banjir yang berlaku baru-baru ini sekali lagi penduduk di kampung ini berhadapan dengan masalah apabila berlaku runtuhan tanah dan batu di beberapa buah tempat yang memerlukan masa untuk kerja-kerja pembersihan oleh pihak yang berwajib.

Lebih mencabar bagi sebilangan guru-guru yang terpaksa berulang alik dari pekan Tenom ke SK Pangi untuk menjalankan tugas mereka sebagai pendidik yang menggunakan keretapi sebagai kenderaan terpaksa menaiki Talori atau berjalan kaki.

GURU-GURU SK Pangi menghadapi cabaran membawa barang barang keperluan bila sistem pengangkutan keretapi menghadapi masalah.

 

“Oleh kerana sekolah mula dibuka pertengahan Julai ini saya bersama rakan rakan lain terpaksa menaiki troli keI sekolah bagi mempastikan persediaan untuk pembukaan sekolah semasa PKPP ini berjalan lancar,” jelas Guru Besar SK Pangi, Azlan Salim.

Bagi penduduk yang tinggal di seberang sungai mereka terpaksa mengharungi banjir serta arus deras yang mengalir di Sungai Padas yang amat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa untuk mendapatkan perkhidmatan keretapi atau troli ini di seberang sungai.

Malah dalam kejadian beberapa hari lalu seorang penduduk Jumat Yayaim dari kampung Rayoh cedera dibahagian kaki dalam usahanya menyeberangi sungai Padas untuk keluar ke Pekan Tenom bagi mendapatkan keperluan barang makanan.

Beliau yang dibantu oleh penduduk Pangi menggunakan bot rafting akhirnya dapat dibawa menyeberang sungai untuk dibawa ke Hospital Tenom mendapatkan rawatan lanjut.

PENDUDUK Kampung Rayoh, Jumat Yayaim yang cedera di bahagian kaki diusung oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Inilah cabaran sebenarnya bagi penduduk Pangi, Rayoh dan sekitarnya apabila perkhidmatan keretapi tergendala. Cabaran ini bertahun-tahun telah mereka lalui dan sabar menanti dengan penuh harapan kerajaan akan melakukan sesuatu untuk membawa pembangunan yang lebih mampan agar di suatu masa nanti sistem jalanraya dapat dibina ke kawasan ini bukan sahaja untuk menyediakan kemudahan pengangkutan yang lebih selesa namun sekali gus dapat meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian tanpa bergantung sepenuhnya kepada sistem pengangkutan keretapi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here