Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Ketepi perbezaan dalam menangani Covid-19: Adham
Published on: Friday, July 10, 2020
By: Ricardo Unto
Text Size:

Ketepi perbezaan dalam menangani Covid-19: Adham
Kota Kinabalu: Sebarang perbezaan harus diketepikan dalam menangani pandemik Covid-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (gambar).

“Untuk kepentingan keselamatan negara, kita mesti mengetepikan perbezaan pendapat atau agenda lain,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini, Khamis.

“Dan itulah sebabnya kenapa kami membina hubungan rapat (antara kerajaan Persekutuan dan Negeri) dan kita berjaya mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 melalui rangkaian ini… kita ada persefahaman bersama mengenai bentuk tindakan yang diambil.”

Adham juga berkata beliau berkomunikasi dengan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon untuk menyelaras sebarang maklumat berhubung Covid-19, sejak beliau mengambil alih portfolio Menteri Kesihatan Persekutuan.

“Dan di pihak Ketua Menteri, beliau sedar bahawa penularan Covid-19 harus dibendung.

“Semua taklimat dan tindakan telah diambil di peringkat Negeri, yang bermakna Ketua Menteri begitu proaktif mengenai keperluan untuk mengekalkan lebih banyak zon hijau,” katanya.

Adham juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan mengetepikan sebarang program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan sebuah program pemerkasaan komuniti dan kempen kesedaran Covid-19 pada 26 Julai.

“Juga akan ada sambutan di peringkat Negeri dan kami menerima kerjasama tinggi daripada Kerajaan Negeri, yang bermakna kami bekerjasama sebagai satu.

“Dan Ketua Menteri juga akan dijemput untuk acara peringkat Negeri itu,” katanya.

Pada Rabu, sebuah portal berita mendakwa ‘campurtangan politik” Persekutuan menjadi punca nama Shafie digugurkan sebagai tetamu kehormat untuk acara Hari Guru Peringkat Negeri pada Khamis.

Dilaporkan bahawa wartawan telahpun dimaklumkan bahawa Shafie akan menghadiri acara itu tetapi lewat petang Rabu, kemas kini daripada Pejabat Ketua Menteri dan Jabatan Pelajaran Sabah menunjukkan beliau tidak akan menghadiri acara tersebut.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor, menggantikan Shafie pada acara itu.

Jabatan Pelajaran Sabah, sebagai sebuah agensi Persekutuan di bawah Kementerian Pelajaran Persekutuan, adalah di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN).

Pendirian politik Kerajaan Sabah pimpinan Warisan ialah mesra kepada Pakatan Harapan (PH) yang merupakan pembangkang di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun, Shafie sebelum itu berkata kerjasama kerajaan kepada kerajaan (G2G) akan terus diamalkan, sekalipun berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.

Mengenai kunjungan hormat itu, Adham berkata beliau memberi taklimat kepada Shafie mengenai keadaan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia serta di Sabah.

“Program-program pengurangan rosiko di daerah-daerah juga akan diteruskan, selain memperkasa anggota masyarakat melalui pencegahan dan pendidikan.”

Beliau juga mengulangi kenyataan awal Muhyiddin mengenai kepentingan untuk membendung jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

“Sekarang kami ingin melihat anggota masyarakat sebagai barisan hadapan dalam mencegah penyebaran lanjut Covid-19.

“Terdapat banyak zon hijau di Sabah dan kini kita mesti mengubah zon kuning kepada hijau,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here