Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Mayat bekas anggota TLDM ditemukan di Perairan Omadal
Published on: Saturday, July 11, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Mayat bekas anggota TLDM  ditemukan di Perairan Omadal
Mayat mangsa diusung ke darat oleh pasukan SAR.
SEMPORNA: Mayat seorang lagi pesara tentera yang dilapor hilang selepas bot karam sejak tujuh hari lalu, akhirnya ditemui terapung di perairan Pulau Omadal sekitar jam 11.20 pagi pada Jumaat.Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Arifin berkata pasukan bot ronda mereka menemui mayat lelaki itu ketika menjalankan tugas rondaan di kawasan 15 batu nautika dari lokasi kejadian (Pulau Bum Bum). Menurutnya, anggota bot ronda menghubungi Bilik Gerakan PPM Semporna mengenai penemuan mayat itu.

“Keluarga mangsa mengesahkan mayat itu sebagai Mahmur Ajea, 45, dari Kg Keramat,” katanya sambil menambah mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna untuk proses pascanilai. Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa bot karam akibat dipukul ribut pada 4 Julai lalu, Salimin Saludin, 44, ditemui pada hari kejadian. Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna dalam kenyataan medianya berkata, susulan penemuan mangsa kedua, operasi Mencari dan Menyelamat yang dikoordinasikan pihaknya selama tujuh hari, ditamatkan jam 12.15 tengah hari. Pengarah Zon Maritim Semporna, Kepten Maritim Norrimi Hassan berkata, keberkesanan operasi adalah hasil tindakan semua jabatan dan agensi terlibat dengan dibantu keluarga mangsa yang sanggup menyewa bot tempatan. Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yanh terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan operasi itu. Pada masa sama, Norrimi menegaskan agar seluruh komuniti maritim, khasnya daerah Semporna agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dengan memakai jaket keselamatan, membawa peralatan keselamatan lain dan mendapatkan maklumat tepat tentang keadaan cuaca dan laut semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here