Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Penjara Kepayan antara empat kluster baharu
Published on: Monday, October 19, 2020
By: Bernama
Text Size:

Penjara Kepayan antara empat kluster baharu
PUTRAJAYA: Empat lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhan kluster bagi pandemik itu ialah 160, dengan kluster aktif kini sebanyak 85.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata kluster terbabit ialah Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan. “Kes indeks bagi Kluster Bah Layangan (iaitu kes ke-15,654) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Labuan. Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif dan sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 142 individu telah disaring dengan 13 kes dikesan positif, 67 individu negatif dan 62 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 pada Ahad.

Mengenai Kluster Alma, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang dengan kes indeks bagi kluster itu (iaitu kes ke-18,066) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Okt lepas dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata saringan kontak rapat mendapati enam lagi kes positif dan sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 183 individu disaring dengan tujuh kes dikesan positif, 43 individu negatif manakala 133 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Auto pula melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang (Selangor) serta daerah Seremban (Negeri Sembilan) dengan kes indeks (iaitu kes ke-19,354) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak sembilan kes dikesan positif Covid-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya. Kluster keempat yang dilaporkan pada Ahad iaitu Kluster Penjara Kepayan dikenal pasti di Kota Kinabalu dengan kes indeks positif (iaitu kes ke-19,628) hasil saringan kemasukan ke Hospital Queen Elizabeth pada 14 Oktober lepas.

Dr Noor Hisham berkata saringan kontak rapat mendapati 48 lagi kes positif Covid-19 dan sehingga 12 tengah hari pada Ahad, sejumlah 170 individu telah disaring dengan 49 kes dikesan positif dan 121 individu negatif. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here