Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Kluster baharu di hospital Sandakan melibatkan pesakit dan petugas kesihatan dikesan
Published on: Friday, July 23, 2021
Text Size:

Kluster baharu di hospital Sandakan melibatkan pesakit dan petugas kesihatan dikesan
Gambar hiasan: Bernama
Kota Kinabalu: Satu kluster baharu Covid-19 telah dikesan di Hospital Duchess of Kent di Sandakan melibatkan petugas kesihatan dan pesakit menurut jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun hari ini. 

Menurut beliau, Kluster Jalan Utara Dua - Sandakan tercetus di wad lelaki sebuah hospital kerajaan di Sandakan dan dikategorikan sebagai kluster pusat rawatan. 

"Kes indeks adalah lelaki, 74, yang menjalani ujian saringan Genexpert PCR selepas pemeriksaan oleh Pakar Perubatan ke atas X-ray dada, dikesan positif COVID-19," kata Masidi dalam kenyataan media. 

"Saringan seterusnya mendapati 11 kes positif masing-masing dua kes kakitangan dan sembilan kes pesakit-pesakit melalui saringan Genexpert PCR, manakala satu kes penjaga tahanan dan satu lagi kes kontak serumah melalui ujian RTK-Ag.

"Turut menjalani ujian saringan Genexpert PCR ialah 28 pesakit di wad tersebut dan didapati negatif, sementara 18 health care workers yang menjalani ujian saringan PCR masih menunggu keputusan."

Setakat 23 Julai 2021, kumulatif kes adalah 13 orang termasuk 11 kes baharu hari ini, tambah Masidi. 

Tiga lagi kluster baharu dikesan di Sabah iaitu Kluster Kg Mananam di Tongod, Kluster Jalan Stesen Jalan TV melibatkan sebuah ladang ternakan ayam di Tawau dan Kluster Bukit Mas melibatkan tempat kerja di Kinabatangan. 

* Ikut kami di Instagram dan langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here