Sat, 6 Dec 2025
Headlines:
Terus pakai pelitup muka walaupun sudah divaksin sepenuhnya: Masidi
Published on: Monday, August 30, 2021
Published on: Mon, Aug 30, 2021
By: Anthea Peter
Text Size:
Text:
Terus pakai pelitup muka walaupun sudah divaksin sepenuhnya: Masidi
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menggesa rakyat Sabah agar terus memakai pelitup muka sebagai sebahagian daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun jika mereka sudah divaksin sepenuhnya.Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata pemeriksaan di lapangan mendapati ketidakpatuhan terhadap pemakaian pelitup muka dan tahap kesedaran SOP yang membimbangkan memandangkan kompaun harian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Advertisement
“Masyarakat digesa untuk terus mematuhi SOP terutamanya memakai pelitup muka dengan betul, tanpa mengira sama ada seseorang itu sudah divaksin atau belum.

“Peranan dan tanggungjawab semua pihak menerusi pematuhan SOP adalah amat diperlukan untuk membendung pandemik itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Sabah sekali lagi merekodkan angka kematian Covid-19 yang tinggi dengan 46 kematian pada Ahad, dengan Tawau mencatatkan kematian tertinggi dengan 11 kematian.
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
Masidi berkata 10 kematian direkodkan di Kota Kinabalu, sembilan di Sandakan, tiga setiap satu di Tuaran dan Keningau, dua setiap satu di Kinabatangan, Penampang dan Kalabakan dan satu setiap satu di Papar, Kudat, Putatan dan Lahad Datu. Negeri ini merekodkan 2,578 kes pada Ahad, dengan Kota Kinabalu mencatatkan angka tertinggi dengan 586 kes, disusuli Tuaran dengan 469 kes, Sandakan dengan 249 kes, Tawau dengan 206 kes, Penampang dengan 128 kes dan Papar dengan 117 kes.

Advertisement
“Kes di Tuaran meningkat sebanyak 288 kes pada Ahad di mana hampir 84 peratus daripada kes adalah kontak rapat, sementara kes di Penampang turun sebanyak 268, di mana 41 peratus daripada kes adalah bergejala,” kata Masidi.

Tunggakan menurun kepada 55.93 peratus, dengan 1,064 kes tertunggak dari dua hingga tiga hari lalu, 171 tertunggak dari empat hingga lima hari lalu dan 207 tertunggak dari lebih lima hari lalu.

Advertisement
Masidi berkata kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar dengan 1,605 kes, membentuk 62.26 peratus daripada jumlah kes itu, sementara kes bergejala menyumbang 28.78 peratus dengan 742 kes. “KK merekodkan jumlah tertinggi kes bergejala dengan 249 kes (42.5 peratus),” katanya. Daripada jumlah kes itu, 34 kes melibatkan bayi berumur kurang daripada setahun, 235 melibatkan satu hingga lima tahun, 509 melibatkan enam hingga 17 tahun, 1,572 melibatkan 18 hingga 59 tahun, manakala 228 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun. Jumlah kes itu juga terdiri daripada 2,356 warga Malaysia dan 22 bukan warganegara Malaysia, 2571 kes tempatan dan tujuh kes import, sementara 1,560 belum divaksin dan 616 sudah melengkapkan kedua-dua dos.

Masidi berkata jangkitan kategori satu dan dua membentuk 97.24 peratus daripada jumlah kes dengan 620 dalam kategori satu dan 1,887 dalam kategori dua, sementara 13 dalam kategori tiga, tujuh dalam kategori empat dna 26 dalam kategori lima. 26 kes masih dinilai. Kira-kira 1,722 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital sementara 5,003 pesakit ketika ini menerima rawatan di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah (PKRC).

Masidi berkata 214 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 75 memerlukan alat bantuan pernafasan, tambahnya kapasiti katil Sabah ialah 7,092 unit dengan kadar penggunaan 70.42 peratus. Mengenai program imunisasi Sabah, Masidi berkata 56.3 peratus daripada penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan dos pertama, sementara 37.1 peratus sudah divaksin sepenuhnya, sehingga 28 Ogos. Di bawah fasa dua, 16,257 individu menerima dos pertama pada Ahad, membawa jumlah keseluruhan kepada 1,510,148 sementara 24,933 menerima dos kedua, membawa jumlah keseluruhan kepada 970,011.

Sementara itu, Kg Bukit Gemuk, Tawau dan Kg Nasakot, Ranau akan ditempatkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 31 Ogos hingga 13 September, sementara PKPD sedia ada di Taman Megah Jaya (Lorong 2, 3, 9, dan 10), Tawau akan dilanjutkan pada tarikh sama. PKPD di Kg Mantanau, Kg Pirasan Ulu dan Kg Suang Punggur di Kota Belud akan ditamatkan pada 30 Ogos mengikut jadual. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here