Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penampang turut diisytihar daerah wabak ASF
Published on: Friday, January 21, 2022
Published on: Fri, Jan 21, 2022
Text Size:
Text:
Penampang turut diisytihar daerah wabak ASF
Gambar: kompas. com (Untuk Tujuan Ilustrasi Sahaja)
Kota Kinabalu: Penampang menjadi daerah ke-20 diisytiharkan sebagai daerah wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata virus itu mula dikesan pada 14 Disember 2021 dan telah merebak ke lima kampung di Inobong, Sugud dan Koidupan.

Advertisement
“Kes itu melibatkan sebanyak 229 ekor khinzir diternak di belakang rumah milik enam pemilik berbeza. Kerugian dianggarkan mencecah RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata Penampang mempunyai dua ladang babi komersial dengan anggaran 2,900 ekor.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi mengelak wabak itu merebak ke daerah berhampiran, Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan mengadakan kempen kesedaran di daerah Penampang bagi memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai ASF.

Jabatan itu juga akan memantau dan mengawal pergerakan khinzir dan produk khinzir bagi memastikan tiada yang keluar dari Penampang buat masa ini.

Advertisement
Sejak wabak ASF pertama kali diisytiharkan tahun lepas, sepuluh daerah telah diisytiharkan bebas ASF selepas 60 hari berlalu sejak kes terakhir dilaporkan.

Daerah ini ialah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna.

Advertisement
“Kerajaan menyedari kebimbangan rakyat terutamanya apabila Tahun Baru Cina semakin hampir. Bagaimanapun, kami tetap optimis bekalan daging babi di Sabah akan mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here