Advertisement
Anggota pasukan ACD meronda sekitar kawasan awam di Lorong Palas 2G mencari anjing liar.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
SEORANG kakitangan DBKK bercakap dengan penghuni rumah di Lorong Pulai untuk mendapatkan lesen untuk anjingnya.
“Kami semua sudah serik terpaksa mencuci jalan itu apabila ia dijadikan tempat untuk haiwan peliharaannya membuang najis.” Dia menceritakan kekecewaannya kepada jirannya yang mengadu tentang sandal dan kasut hilang dari rumah mereka. “Mereka mengesyaki anjing itu mungkin memasuki halaman rumah mereka dan melarikan barang-barang ini.” Kandy berkata pemilik haiwan peliharaan itu nampaknya tidak kisah anjingnya menyebabkan kekacauan. “Sebahagian penduduk di sini pernah menyuarakan rasa tidak senang mereka tentang kejadian ini kepadanya tetapi, setakat ini, rayuan mereka tidak didengari. “Saya bukan tidak suka ajing itu, tetapi saya merasakan pemiliknya sekurang-kurangnya perlu mengawasi haiwan peliharaannya ketika berada di luar rumahnya sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.” Katanya, dia takut untuk membayangkan apa yang akan berlaku jika seorang pejalan kaki tidak bersalah, termasuk kanak-kanak atau warga emas di kejiranan itu, digigit atau diserang oleh anjing itu. Kandy berkata, dia pernah, sekali atau dua kali, melihat anjing itu mengejar kereta dan juga motosikal yang menggunakan jalan perumahan. Seorang lagi pemilik rumah di Luyang, WILL, turut mengadu tentang gangguan yang ditimbulkan anjing-anjing liar di kawasannya. Katanya, anjing-anjing di Lorong Palas 2G itu menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan di dalam beg sampah. “Lebih teruk lagi, mereka berak di beberapa bahagian jalan dan berdekatan rumah saya,” katanya. “Anjing-anjing ini juga kencing pada tayar kenderaan yang ditinggalkan di luar pintu pagar saya. “Sesetengah rakan saya kini berkeras mahu meletak kenderaan di dalam perkarangan saya kerana mereka sudah muak dengan perkara ini.” Sementara itu, BARBRA, yang tinggal di Lorong Gunung Juo 3, berkata bunyi bising dari anjing menyalak menghalang dia dan keluarganya daripada mendapat rehat malam yang baik. Dia mengesyaki bunyi bising itu dicetuskan oleh sekumpulan anjing liar yang dilihatnya di jalan perumahan berkenaan. “Terdapat kira-kira empat ekor anjing yang saya lihat berbaring di atas jalan,” katanya. “Jika salah seekor mula melolong pada waktu subuh maka setiap haiwan peliharaan lain di sekitarnya juga akan mula melolong. “Perkara sama berlaku jika ia menyalak anjing lain di dalam rumah di sini.” Katanya, bunyi anjing menyalak bertambah kuat dan lebih mengganggu selepas itu. “Ini lebih-lebih lagi apabila bunyi persekitaran menjadi sunyi. “Bunyi bising yang berlaku akan membangunkan anda dan menyukarkan anda untuk tidur semula.”





