LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot tunda bersama nakhoda dan lapan kru, termasuk tujuh warga asing, kerana kesalahan melakukan pemindahan air dari kapal ke kapal tanpa kebenaran di perairan Labuan di sini, Ahad.Pengarahnya Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin, pihaknya telah mengesan sebuah bot tunda berhimpit dengan kapal tangki di kedudukan 0.3 batu nautika dari Labuan.





