Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
UMS aktif semula PPV-IPT
Published on: Friday, February 18, 2022
Published on: Fri, Feb 18, 2022
Text Size:
Text:
UMS aktif semula PPV-IPT
TAUFIQ (tengah) bertemu Ketua PPV ketika mengadakan lawatan ke PPV-IPT UMS.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengaktifkan semula operasi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV-IPT) UMS bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 sejak 11 Januari lalu.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, dalam kenyataan, berkata pengaktifan semula itu adalah sebagai usaha menangani peningkatan kes Covid-19 di Sabah, yang melepasi angka 5,000 pada Rabu lepas.

Advertisement
Beliau berkata, sehingga kini sejumlah 1,913 suntikan vaksin dos penggalak jenis Pfizer telah diberikan, merangkumi 179 dos kepada kakitangan UMS, 1,183 dos kepada pelajar UMS, serta 550 kepada orang awam di sekitar Kota Kinabalu.

“PPV-IPT UMS beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4 petang bagi memberikan 100 dos suntikan vaksin dos penggalak setiap hari kepada orang awam berumur 18 tahun ke atas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“UMS melihat pengambilan dos penggalak ini sangat penting untuk melindungi masyrakat daripada kesan penyakit Covid-19 terutama varian Omicron yang semakin menular dalam kalangan komuniti. “Justeru, pengaktifan semula PPV-IPT UMS ini merupakan satu langkah UMS untuk memperluaskan pemberian vaksin kepada masyarakat, sekali gus mengawal penularan serta mengurangkan peningkatan jumlah kes Covid-19 di negeri ini,” katanya.
Advertisement
Menurut beliau, adalah amat penting supaya setiap lapisan masyarakat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan dos penggalak bagi meningkatkan daya tahan badan dan memanjangkan imuniti terhadap penyakit Covid-19.

“Untuk itu, PPV-IPT UMS juga akan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) melalui pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Advertisement
“Difahamkan kurang 10 peratus daripada 411,400 kanak-kanak yang layak menerima vaksin di negeri ini telah mendapatkan suntikan vaksin, justeru usaha ini diharap mampu meningkatkan peratusan pengambilan vaksin oleh golongan tersebut,” kata Taufiq.

Tambah beliau, melihat kepada statistik yang menunjukkan 604 kes membabitkan kanak-kanak bawah 11 tahun daripada 5,082 kes yang dicatatkan di negeri Sabah pada Rabu (16 Februari), amat wajar untuk kanak-kanak mendapatkan vaksin secepat mungkin. “Bagi kanak-kanak, suntikan dos vaksin jenis Pfizer yang diberikan hanyalah 0.2ml, iaitu satu pertiga daripada jumlah dos orang dewasa, untuk itu ibu bapa diharapkan tidak merisikokan kesihatan anak-anak dengan memberi sokongan terhadap program imunisasi untuk kanak-kanak.

“Pada masa ini, PPV-IPT UMS masih di peringkat pengumpulan permohonan bagi pemberian suntikan vaksin untuk kanak-kanak, dan dijangka akan mula melaksanakan PICKids pada penghujung bulan Februari ini,” ujar Taufiq. Untuk sebarang pertanyaan atau janji temu bagi mendapatkan dos penggalak Pfizer dan permohonan vaksin untuk kanak-kanak, sila hubungi PPV-IPT UMS atau WhatsApp pada talian 088-329201. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here