Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tarikh tutup ditunda ke 15 April
Published on: Monday, February 21, 2022
Published on: Mon, Feb 21, 2022
Text Size:
Text:
Tarikh tutup ditunda ke 15 April
POSTER pertandingan.
Kota Kinabalu: Tarikh tutup Pertandingan Filem Pendek China-Sabah ke-4, anjuran bersama Konsul General China di Kota Kinabalu dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) ditunda ke 15 April depan susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri ini.

Menurut satu kenyataan pada Ahad, penundaan itu dibuat bagi memastikan semua peserta mempunyai tempoh mencukupi untuk membuat rakaman dan kerja-kerja penerbitan.
Advertisement
Terma dan syarat sedia ada kekal tanpa sebarang perubahan.

Kandungan filem pendek mestilah bersesuaian dengan sifat yang menggambarkan persabahatan kukuh dan perkongsian atau pertukaran usahasama dalam pelbagai perspektif diantara China dan Sabah, seperti usahasama memerangi pandemik Covid-19, hubungan rapat rakyat Sabah dan China dan memelihara budaya Cina di Sabah. Filem juga boleh diterbitkan dalam apa juga bentuk genre dan tidak hanya terhad kepada Dokumentari, Drama dan Animasi Digital.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Filem pendek yang dihantar haruslah tidak melebihi tempoh enam minit termasuk babak kredit permulaan dan rakaman kredit pengakhiran.

Filem Pendek boleh dirakam dengan menggunakan apa juga bahasa. Sari Kata Bahasa Inggeris dan Mandarin perlu disertakan sekiranya bahasa yang digunakan dalam filem berkenaan bukan Bahasa Mandarin.

Advertisement
Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan (Imbas kod QR atau melayari laman web https://bit.ly/3n4ehMR untuk muat turun) dan muat naik filem pendek mereka ke YouTube.com, tetapkan video anda kepada “Tidak Tersenarai” dan sertakan pautan berkenaan kepada pihak penganjur bersama-sama dengan borang penyertaan dengan cara email ke chinasabahshortfilmcontest@gmail.com.

Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu filem pendek sahaja.

Advertisement
Sejumlah RM35,000 hadiah tunai ditawarkan kepada penerbit filem amatur dan profesional yang dapat menonjolkan sebuah cerita menghayat hati berkaitan kerjasama persahabatan diantara China dan Sabah. Anugerah Emas: RM8,000 tunai + Piala, Anugerah Perak: RM6,000 tunai + Piala, Anugerah Gangsa: RM5,000 tunai + Piala, Anugerah Suntingan Terbaik: RM3,000 tunai + Piala, Anugerah Filem Paling Kreatif: RM3,000 tunai + Piala, Hadiah Saguhati: RM1,000 tunai setiap satu + Piala.

Peserta boleh melayari http://www.facebook.com/chinasabah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, atau hubungi Setiausaha Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Teo Jinn Jiun 016-8254889 atau Bendahari KKJA Yvonne Ho 016-8111883 atau emel kepada chinasabahshortfilmcontest@gmail.com.

Para peserta diingatkan untuk mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik sepanjang tempoh rakaman dan penghasilan filem agar mampu mengelakkan daripada penularan virus.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here