Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Fenomena salji di Gunung Kinabalu
Published on: Tuesday, March 01, 2022
Published on: Tue, Mar 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Fenomena salji di Gunung Kinabalu
SALJI yang turun di Gunung Kinabalu pada Isnin.
RANAU: Pendaki dan malim gunung di Sabah teruja apabila fenomena salji berlaku selama dua hingga tiga minit sekitar puncak Gunung Kinabalu pagi Isnin.Malim gunung bagi laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, berkata fenomena luar biasa itu berlaku secara tiba-tiba pada 7.18 pagi ketika dia sedang menunggu pendaki di kawasan Sayat-Sayat.

Advertisement
“Saya percaya ia memang salji kerana berbentuk kepingan yang ringan, kalau ketulan ais ia berat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Hajiri juga berkata sejak 11 tahun menjadi malim gunung di laluan itu, dia pernah menyaksikan fenomena yang sama pada 2018.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah menerusi kenyataan video pula berkata fenomena salji bukan perkara mustahil yang berlaku di tanah tinggi seperti Gunung Kinabalu.

Beliau berkata fenomena itu terjadi apabila suhu udara mencecah sifar darjah Celcius dan ke bawah kerana salji boleh terbentuk jika terdapat kelembapan yang mencukupi.

Advertisement
“Jadi biasanya apa yang berlaku ialah fros iaitu ketulan ais yang berada di permukaan bumi, biasanya di batuan yang sejuk. Tetapi ada kalanya boleh juga berlaku dalam keadaan tertentu apabila suhu sejuk di bawah takat beku dan terdapat kelembapan yang mencukupi.

“... itu boleh menyumbangkan kepada pembentukan salji, suatu fenomena yang jarang kita lihat tetapi boleh berlaku,” katanya.

Advertisement
Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid berkata fenomena salji di Gunung Kinabalu pernah direkodkan pada 1975 dan 1993.

“Purata suhu di Panalaban pada 2 hingga 10 pagi tadi ialah kira-kira 6.9 hingga 12.3 darjah Celsius. Kiranya lebih sejuk daripada biasa tetapi kalau di atas, mungkin lebih sejuk lagi dan mereka yang melihat salji hari ini dianggap bertuah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here