Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Banjir: 6 rumah di Kelantan ‘lenyap’ dibawa arus
Published on: Tuesday, March 01, 2022
Published on: Tue, Mar 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Banjir: 6 rumah di Kelantan ‘lenyap’ dibawa arus
Penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Ramlah Mohd, 63, menunjukkan rumah adiknya, Mohd Huraini Muhammad yang hanyut dibawa arus deras susulan banjir pada Ahad lalu. (Gambar Bernama)
PASIR MAS: “Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,” itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan enam penduduk Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini apabila mereka bukan sahaja ditimpa banjir, bahkan turut kehilangan tempat berteduh.

Che Hasniza Che Omar, 45, berkata hatinya luluh apabila mengetahui rumah pusaka miliknya yang diduduki lebih 27 tahun, musnah dibawa arus deras Ahad lalu, ketika dia berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.

Advertisement
“Saya sekeluarga berpindah ke PPS pada petang Sabtu, selepas air mula memasuki kawasan penempatan kami.

“Semalam, saya pulang untuk melihat keadaan rumah dengan harapan rumah saya tidak dihanyutkan, namun setelah melihat depan mata, saya berasa sangat sedih kerana rumah pusaka hanyut dibawa arus sejauh 200 meter dari tapak asal,” katanya hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ibu kepada enam anak itu berkata, dia sekeluarga kini buntu mencari tempat berteduh kerana pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk membina rumah sendiri dalam masa terdekat.

Seorang lagi penduduk yang mengalami nasib sama, Mohd Huraini Mohd, 40, pula berharap kerajaan atau mana-mana agensi sudi membantu membina rumah untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Advertisement
“Ini merupakan banjir terburuk setakat ini sehingga menghanyutkan rumah saya, malah rata-rata penduduk mendakwa antara punca kejadian ini disebabkan pembinaan benteng projek tebatan banjir di Kampung Lanchang Fasa Satu yang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here