Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Bekas kakitangan JPN hadapi 13 tuduhan palsukan dokumen
Published on: Thursday, March 03, 2022
Published on: Thu, Mar 03, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bekas kakitangan JPN hadapi 13 tuduhan palsukan dokumen
Kota Kinabalu: Seorang bekas kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa atas 13 pertuduhan memalsukan salinan buku rekod kesihatan ibu dan bayi bagi isteri dan anaknya, untuk mengeluarkan 14 sijil kelahiran.

Mhd Sofian Ishak (gambar), 35, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, kepada semua pertuduhan terhadapnya pada Rabu.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Mhd Sofian didakwa memalsukan salinan buku rekod kesihatan ibu iaitu Zawani Shahirah Abdul Majid dan buku rekod kesihatan kanak-kanak dan bayi iaitu Shahleeya Nafeeza Sofia Mhd Sofian bagi mengeluarkan dua sijil kelahiran bernombor siri SB732728 dan SB732729.

Bagi pertuduhan kedua hingga ketiga belas, dia didakwa memalsukan dokumen sama milik orang yang sama untuk mengeluarkan 12 lagi sijil kelahiran dengan nombor siri SB709405, SB732471, SB732234, SB 732907, SB732199, SB732181, SB732184, SB732216, SB732500, SB732472, SB709402 dan SB7325040.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa berlaku di pejabat JPN di sini antara 13 Nov 2012 dan 21 Jan 2013.

Kesalahan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan dan melepaskan Mhd Sofian dengan ikat jamin RM10,000 berdeposit RM6,000 dan seorang penjamin tempatan.

Mhd Sofian juga diperintahkan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali, dan pasportnya, jika ada, akan disimpan oleh mahkamah sehingga pelupusan kesnya.

Advertisement
Mahkamah turut memberi amaran kepada Mhd Sofian supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan penjamin tempatan serta beberapa syarat.

Bagaimanapun, Mhd Sofian yang tidak diwakili, meminta jumlah ikat jamin dikurangkan kepada RM2,000 dengan mengatakan dia tidak lagi bekerja dengan JPN kerana berhenti kerja sejak 2015 dan kini bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap. Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia perlu menjaga bayinya berusia tujuh bulan dan isterinya yang bekerja di syarikat swasta.

Mhd Sofian juga memberitahu mahkamah bahawa dia telah diisytiharkan muflis pada 2016 dan keadaan kewangannya tidak baik.

Mahkamah menasihatkan Mhd Sofian supaya mendapatkan peguam untuk mewakilinya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here