Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
Louis Pung
Mengenai gambar berkenaan yang diambil pada masa yang sempurna, jurugambar berumur 35 tahun itu menyifatkannya hasil kesabarannya dan tuah. “Foto itu diambil pada Julai 2020 di Tanjung Lipat. Saya hanya bernasib baik kerana menunggu awan bergerak ke bahagian tengah dan saya merakamkannya. Saya mengambil masa kira-kira sejam hanya untuk mengambil gambar pemandangan itu. “Sebenarnya, saya memuatnaik gambar sama pada 2020, tetapi hanya segelintir yang menyedarinya. Baru-baru ini, saya sibuk mengambil gambar perkahwinan dan potret. Sebab itu, saya tidak ada sebarang gambar baharu untuk dikongsi, jadi saya menghantar semula gambar tersebut beberapa hari lalu,” katanya. Dan tanpa dia jangka, kali ini, gambar terbabit tular - ketika berita ini ditulis, ia menerima lebih 5,000 reaksi dan lebih 500 perkongsian di laman Facebook rasminya, Louis Pung Photography.





