Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
KePKAS, pihak berkepentingan kenal pasti isu menjelang 1 April
Published on: Saturday, March 19, 2022
Published on: Sat, Mar 19, 2022
Text Size:
Text:
KePKAS, pihak berkepentingan kenal pasti isu menjelang 1 April
JONISTON (kiri) dan yang lain pada mesyuarat itu.
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) bertemu dengan pemimpin industri dan pegawai penguatkuasa untuk menilai tahap kesediaan mereka di samping mengenal pasti cabaran yang mungkin menjelang pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada 1 April.

Dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai, kebimbangan yang diketengahkan ialah kesesakan lapangan terbang, pusat pemeriksaan imigresen lapangan terbang yang tidak mencukupi, pusat kuarantin yang ditetapkan untuk pelancong positif dan keperluan ujian Covid-19, antara lain.

Advertisement
Selain itu, penggiat pelancongan turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) seragam bagi memudahkan kemasukan pelancong ke negeri ini.

Mereka berkata, mempunyai SOP yang berbeza daripada SOP Persekutuan akan menambah kekeliruan dan menjadikan keadaan lebih rumit bagi pelancong.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata sesi libat urus itu penting dalam mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan supaya persiapan yang mencukupi dapat dilakukan sebelum 1 April.

“Satu garis panduan praktikal diperlukan sementara kita bersedia untuk pembukaan semula sempadan negara kita agar kita dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelancong dan mengelak daripada membebankan mereka dengan halangan yang mereka mungkin hadapi semasa tiba di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Advertisement
“Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah pintu masuk terpenting ke Sabah.

“Oleh itu, adalah penting untuk semua pihak berkepentingan menyatakan kebimbangan dan pandangan mereka supaya kita dapat mencari penyelesaian awal kepada masalah-masalah yang mungkin timbul.”

Advertisement
Semua cadangan, katanya, akan dikemukakan oleh Kementerian kepada Covid-19 Command Centre untuk pertimbangan selanjutnya, yang kemudiannya akan diketengahkan kepada Majlis Keselamatan Negara.

Joniston berkata sesi libat urus tetap akan dijalankan untuk menambah baik situasi semasa dan kualiti perkhidmatan.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Mohd Yusrie Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap Mary Malangking, Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman, Ketua Pegawai Kewangan STB Julinus Jeffery Jimit, Ketua Pegawai Pemasaran STB Tay Shu Lan dan wakil Kastam KKIA serta Imigresen.

Penggiat pelancongan yang hadir ialah Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang, Pengerusi MAH Sabah Hafizan Wong, Presiden Satta Datuk Winston Liaw, Pengerusi MyBHA Sabah James Ong, Pengerusi Persatuan Pelancong Sabah Tonny Chew dan Presiden Persatuan Pemandu-Pemandu Pelancong Sabah (STGA) Grace Leong, antara lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here