RANAU: Semua jelitawan Kadazan-Dusun dan Murut berumur 18-25 tahun serta warganegara Malaysia dari daerah ini, dijemput menyertai pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) pada sambutan peringkat daerah Ranau 2022.Pengerusi pertandingan UNK peringkat daerah Ranau, Florencia Padasian berkata, semua peserta juga mestilah berketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki (15cm) dan tidak pernah memenangi tempat pertama dalam mana-mana pertandingan UNK peringkat daerah dan mestilah tidak beragama Islam.





