Kota Kinabalu: Jurulatih Badak, Datuk Ong Kim Swee berkata pasukan itu tidak boleh keciciran mata dalam perlawanan liga di tempat lawan pertama musim ini menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat malam ini.Mereka sebelum ini tewas 0-1 dalam aksi pembukaan menentang Negeri Sembilan FC tetapi berjaya bangkit untuk menewaskan PJ City FC 3-1 dalam perlawanan kedua sebelum liga berehat.





