Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
LPKP naikkan tambang bas ekspres dari 29 April – 8 Mei
Published on: Saturday, April 09, 2022
Published on: Sat, Apr 09, 2022
Text Size:
Text:
LPKP naikkan tambang bas ekspres dari 29 April – 8 Mei
Kota Kinabalu: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan menaikkan tambang tiket Bas Ekspres sebanyak 10 peratus mulai 29 Apr hingga 8 Mei memandangkan musim perayaan Aidilfitri akan datang.

Pengerusinya Datuk Chin Kim Hiung berkata 14.3 sen (RM0.143) akan dikenakan bagi setiap kilometer perjalanan, berbanding 13 sen sebelum ini.

Advertisement
Perjalanan sejauh 555KM dari Kota Kinabalu ke Tawau, misalnya, akan dikenakan tambang maksimum RM79.40 dengan kenaikan 10 peratus, berbanding RM72.2 tanpa.

Beliau berkata lembaga itu juga akan membuka permohonan Lesen Pengendali Sementara (LPS) bagi pengendali Bas Ekspres yang layak bagi menyediakan lebih banyak bas pada musim perayaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
CVLB mengakui keperluan bas tambahan bagi memenuhi permintaan pengguna semasa sambutan Aidilfitri yang dijangka meningkat berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh Kerajaan.

“Permohonan untuk LPS akan dibuka dari 11 hingga 22 Apr. Borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah serta cawangan LPKP di Tawau dan Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Advertisement
Beliau menambah bahawa LPS yang diluluskan akan sah dari 29 Apr hingga 8 Mei.

“Saya percaya keputusan ini akan mendapat pelbagai maklum balas daripada pihak yang terjejas, namun saya percaya ini adalah keputusan menang-menang bagi memastikan kebajikan semua pihak terpelihara selaras dengan konsep Keluarga Malaysia,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here