Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Daripada mural kepada siri NFT, Hotlink x Kenji Chai berkolaborasi digitalkan karya seni
Published on: Wednesday, April 27, 2022
Text Size:

Daripada mural kepada siri NFT, Hotlink x Kenji Chai berkolaborasi digitalkan karya seni
KOTA KINABALU: Mural terbaharu yang dilukis pada dinding Wisma Sabah telah menjadi bualan ramai sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Namun ia bersedia untuk diserlahkan lagi di dunia digital kerana Hotlink dan pelukis jalanan terkenal Malaysia, Kenji Chai menjadikan karya itu suatu seni yang boleh dimiliki sebagai sebahagian daripada siri NFT (Non-Fungile Token).

Projek ini adalah sebagai sebahagian daripada kempen yang dikuasakan oleh Hotlink untuk menyerlahkan semangat #BikinSampaiJadi yang berusaha untuk memberi penghormatan kepada budaya dan semangat orang Sabah melalui sentuhan seni artis tempatan, dan Kenji yang lahir di Sandakan adalah rakan kongsi yang sempurna untuk merealisasikannya. 

Ketika bercakap tentang karya seninya, Kenji – yang baru-baru ini tampil dalam siri NFT 2021 majalah TIME – berkata karyanya menggunakan elemen alam semula jadi dan ikon unik Sabah, seperti Orang Utan, Rafflesia dan juga tengkorak untuk mewakili amalan purba memburu kepala di Sabah.  

Bagaimanapun, titik fokus karyanya ialah burung Falko, dikenali sebagai haiwan terpantas di langit dengan kelajuan yang boleh mencecah lebih 300 km/j. Untuk mengiringinya, dia turut melukis Black Marlin, ikan air masin yang terkenal dengan kelajuannya di laut serta Sunda Cloud Leopard, haiwan terpantas di darat di hutan hujan Borneo.

 

 

“Saya memilih haiwan-haiwan itu kerana ia adalah haiwan terpantas dalam kelompok mereka sendiri. Harimau Sunda di darat, burung Falko di langit, dan marlin hitam di laut. Selain itu, Hotlink sebagai jenama yang memiliki rangkaian yang pantas dan kukuh. Ia merupakan gabungan yang sempurna,” kata Kenji.

Walaupun kebanyakan karyanya tertumpu pada alam semula jadi dan haiwan, gaya istimewa Kenji bermula dengan ‘alter ego’nya yang terkenal, Chaigo - yang bermaksud anjing liar - 12 tahun lalu. Sejak kewujudannya, grafiti anjing boleh dilihat di sekitar Jalan Gaya dan kawasan-kawasan lain di Kota Kinabalu.

Mural itu dicipta sebagai sebahagian daripada kempen berterusan Hotlink #BikinSampaiJadi untuk menyerlahkan semangat hiruk pikuk yang wujud di seluruh negeri Pantai Timur dan Malaysia Timur. Walaupun menghadapi sebarang cabaran atau batasan, mereka terus berusaha untuk Bikin Sampai Jadi cara tersendiri untuk mengejar minat mereka yang diperhebatkan lagi oleh sambungan dan akses internet.

 

 

Saksikan kisah Kenji dan ketahui maksud #BikinSampaiJadi baginya dan kepada negeri asalnya di sini

Hotlink mengambil langkah lebih jauh dengan meraikan budaya dan warisan unik yang ditawarkan oleh negeri-negeri ini dengan memperkasakan pelukis tempatan untuk mengabadikan kebanggaan negeri mereka secara kekal di blockchain. Siri eksklusif NFT Made in Sabah akan dilancarkan buat julung kali dengan 3 siri yang tersedia untuk dipasarkan. 

Dengan internet yang membuka pintu kepada pelbagai peluang, Prabayar Hotlink Prepaid memahami bahawa setiap orang menggunakan internet secara berbeza. Oleh itu, Hotlink mempunyai pelbagai jenis pas internet mudah alih untuk dipilih oleh pelanggan mengikut keperluan mereka. Prabayar Hotlink Tanpa Had menawarkan internet tanpa had, panggilan dan hotspot, manakala Prabayar Hotlink PANTAS menawarkan internet berkelajuan tinggi untuk segalanya dengan pas internet daripada serendah RM2!

“Sebelum ini, artis perlu melukis lukisan dan menjualnya di galeri, tetapi ia tidak lagi seperti itu. Dengan internet, seni kini tiada sempadan, seni digital semakin diterima di mana jua, anda mula sedar yang sebenarnya dunia telah menjadi galeri tersendiri,” katanya.

Penduduk tempatan dan pelancong boleh menemui karya agung Kenji di Wisma Sabah, menghadap Pusat Beli-belah Suria Sabah. Kerjasama untuk mencipta mural berskala besar itu bermula pada Februari tahun ini dan anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai karya tersebut serta koleksi NFT Made in Sabah di sini

Kenji dilahirkan dan dibesarkan di Sandakan dan kini bertapak di Kuala Lumpur. Sehingga kini, beliau telah bekerja dengan jenama antarabangsa seperti Volkswagen, Mitsubishi, Netflix, Uniqlo, BMW dan Swatch. Karya seninya telah dipaparkan di seluruh dunia termasuk New York, Miami, Korea Selatan, Hong Kong, Kazakhstan dan India, antara lain.

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang lebih banyak bakat tempatan, ikuti Hotlink di media sosial melalui Facebook atau Twitter di @HotlinkRED hari ini.

Keywords:
branded





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here