Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan serta-merta pembiayaan bagi menyediakan bot sebagai pengangkutan kepada penduduk kampung dan murid sekolah yang terjejas di Kg Nangkawangan serta kampung berhampiran, sementara menunggu pembinaan jambatan baharu.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah mengarahkan Pegawai Daerah Nabawan menghubungi Jabatan Ketua Menterinya (JKM) untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli bot yang diperlukan.





