Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jangan leka jaga keselamatan, kesihatan daripada Covid-19
Published on: Sunday, May 01, 2022
Published on: Sun, May 01, 2022
Text Size:
Text:
Jangan leka jaga keselamatan, kesihatan daripada Covid-19
Datuk Ir. Shahelmey Yahya
Kota Kinabalu: Orang ramai di negeri ini diingatkan agar tidak leka dalam menjaga keselamatan kesihatan diri dripada risiko jangkitan Covid-19.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ini kerana virus Covid-19 masih berada di dalam komuniti.
Advertisement
“Dalam kita merasa gembira dan merasa lebih selesa dengan kelonggaran-kelonggaran yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan, saya ingin berpesan dan menyeru kepada semua agar sentiasa mengawal dan menjaga keselamatan kesihatan diri kita dari risiko jangkitan Covid-19.
“Sebagaimana yang kita ketahui, virus Covid-19 ini masih berada di dalam komuniti.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia menjaga risiko jangkitan Covid-19 ini agar kehidupan kita akan lebih rasa selamat dan juga selesa,” katanya. Shahelmey berkata demikian ketika ditemu pemberita di pejabatnya pagi Jumaat.
Advertisement
Shahelmey yang juga merupakan Exco Kesihatan Negeri Sabah menyambut baik pengumuman kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaludin pada Rabu lepas. “Kita menyambut baik pengumuman kelonggaran-kelonggaran SOP Covid-19 yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini.
Advertisement
“Antaranya adalah SOP penggunaan mysejahtera dan juga pemakaian pelitup muka di tempat-tempat yang terbuka,” ujarnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here