Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perbicaraan kes cabul peserta Unduk Ngadau 2021 ditangguh
Published on: Friday, May 20, 2022
Published on: Fri, May 20, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Perbicaraan kes cabul peserta Unduk Ngadau 2021 ditangguh
Kota Kinabalu: Peserta Unduk Ngadau 2021 yang menjadi saksi pertama dalam perbicaraan membabitkan ketua teknikal pertandingan Unduk Ngadau 2021 yang didakwa atas empat pertuduhan mencabul peserta, dan seorang daripada peguam bela, tidak sihat dan menyebabkan perbicaraan ditangguhkan.

Ketika dihubungi melalui WhatsApp, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan memaklumkan bahawa setakat ini tiada tarikh ditetapkan bagi meneruskan perbicaraan Philip Among yang sepatutnya bersambung pada Khamis.

Advertisement
Siti Hajar juga memaklumkan bahawa salah seorang peguam yang mewakili Philip disahkan positif Covid-19 dan difahamkan peguam itu disahkan positif pada Rabu.

Perbicaraan Philip bermula pada 12 April tahun ini selama tiga hari dan setakat ini pendakwaan telah memanggil seorang saksi dalam perbicaraan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Phillip, 52, berdepan empat pertuduhan mencabul peserta Unduk Ngadau pada 19 Mei 2021 pukul 2 petang, 3.30 petang, 9.45 malam dan 10 malam, masing-masing di sebuah tangga bersebelahan Ever Best Photo in Asia City, di Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City, di dalam kenderaan yang dalam perjalanan dari tempat makan malam ke sebuah pejabat lama di bandaraya dan di sebuah pejabat di Metro Town.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau bersama mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Phillip, pada 10 Jun 2021 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here