Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SPRM tahan individu bergelar Datuk
Published on: Saturday, May 21, 2022
Published on: Sat, May 21, 2022
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
SPRM tahan individu bergelar Datuk
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas penjawat awam berusia 66 tahun bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan, kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Difahamkan, penahanan ini adalah susulan tangkapan seorang pegawai kanan dan pesara kerajaan pada 18 Mei lalu bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Advertisement
Menurut sumber, suspek hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah sekitar jam 4 petang Jumaat sebelum dia ditahan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) SPRM 2009.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek akan difailkan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini (Sabtu).

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di seluruh Sabah supaya tampil membantu siasatan, kerana mengemukakan pengisytiharan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Advertisement
Pada 18 Mei, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan telah ditahan oleh SPRM Sabah kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, sebagai balasan untuk melindungi pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada MOF.

Mahkamah menahan reman dua individu itu selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 Mei. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here