Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Inisiatif Pembiayaan Swasta tidak dilaksana: Fadillah
Published on: Saturday, May 28, 2022
Published on: Sat, May 28, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Inisiatif Pembiayaan Swasta tidak dilaksana: Fadillah
SANDAKAN: Baki 19 daripada 35 Pakej Kerja (WP) dalam fasa pertama projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) pada Jumaat.

Beliau berkata pihaknya tidak akan melaksanakan projek itu menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan projek itu.

Advertisement
“Tiada lagi (keperluan PFI). Sekarang ini sedang dimuktamadkan melalui Kementerian Kewangan berkenaan kaedah pelaksanaan dan perolehan. Anggaran bila mula (dilaksanakan), sekarang ini tengah dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Terdahulu beliau meninjau WP 27, yang melibatkan kerja menaik taraf jalan dari Kampung Lot M ke Batu 32 Sandakan sepanjang 18.1km, di sini sempena Jelajah FTRoadpedia Kementerian Kerja Raya (KKR) pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Fadillah memaklumkan keseluruhan Fasa 1 projek itu di Sabah dijangka disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengenai penyenggaraan jalan rosak di Sabah, beliau berkata KKR akan sentiasa berusaha memastikan infrastruktur awam, khususnya jalan raya rosak dibaik pulih demi kesejahteraan rakyat.

Advertisement
Menurutnya, terdapat sebanyak 47,223 lubang telah ditampal di Sabah, khususnya di jalan Persekutuan, sejak 2019 hingga bulan lepas (April).

Katanya jumlah tampalan lubang tersebut menunjukkan trend peningkatan sebanyak 18 peratus setiap tahun, sekali gus menunjukkan jangka hayat jalan sedia ada memerlukan peruntukan penyenggaraan lebih besar.

Advertisement
“Terdapat juga jalan di Sabah yang telah tamat tempoh hayatnya dan perlu penurapan semula,” katanya.

Program jelajah itu bermula pada Jumaat hingga Ahad ini bagi meninjau status projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan isu penyenggaraan jalan Persekutuan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here