Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mayat remaja lemas di Penampang ditemukan
Published on: Sunday, June 19, 2022
Published on: Sun, Jun 19, 2022
Text Size:
Text:
Mayat remaja lemas di Penampang ditemukan
Gambar sekadar ilustrasi. - Shutterstock
PENAMPANG: Mayat salah seorang mangsa lemas di sungai berhampiran Kampung Pogunon, di sini, pada Sabtu, ditemukan orang awam di Kampung Pagansakan, pada 2.45 petang Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang dikenal pasti sebagai Harold Walter, ditemukan di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari jarak lokasi asal mangsa dilaporkan lemas.

Advertisement
“Pencarian seorang lagi mangsa (Tomansi Olaf) masih dijalankan hari ini (Ahad) di sepanjang kawasan sungai dengan kaedah pencarian permukaan air dan menggunakan bot,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang, Sabtu, empat remaja terselamat manakala dua lagi dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Empat remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit dikenali sebagai Jeremiah Maxwell, Constant Felix, Jameson Johnwai dan  Bryan Lee berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Sementara dua lagi rakan mereka Harold Walter dan Tomansi Olaf dilaporkan hanyut.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here